Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Tuesday, March 3, 2009

Warga Emas sambut baik Skim MUE

MERU - Seramai 120 warga emas hadir mendaftarkan diri bagi Skim Mesra Usia Emas (MUE) anjuran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru di Dewan Orang Ramai Meru dekat sini, semalam.

Program pendaftaran yang bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari itu di­kendalikan petugas Pejabat DUN mendapat sambutan menggalakkan dari warga emas sekitar kawasan ini.

Setiausaha kepada AhIi Dewan Undangail Negeri (AnUN) Meru, Baharom Basiron berkata, lebih ba­nyak program pendaftaran akan diadakan untuk mengajak warga emas di daerah ini mendaftar di bawah skim ini.

Menurutnya, pejabat DUN bakal mengadakan satu lagi program pen­daftaran Skim MUE pada Mac ini khusus bagi warga emas yang tinggal di Kampung Bukit Kapar serta kawasan ber­hampiran.

"Kita harap lebih ramai warga emas akan men­daftar kerana mungkin masih ramai di antara me­reka yang tidakmengetahui tentang kewujudan skim ini.

'Warga emas beruinur 60 tahun ke atas layak untuk mendaftar di bawah skim ini dan ia terbuka kepada semua kaum,"kata­nya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, pen­daftaran Skim MUE men­dapat sambut­an baik dari masyarakat di DUN Meru se­jak ia dilancar­kan pada
Oktober tahun lalu oleh ke­rajaan negeri.

"Kita akan mempergiat­kan lagi usaha penyampai­an maklumat mengenai skim ini kepada orang ra­mai dan pada masa yang sama kita akan membuat lebih banyak program pendaftaran agar semua penduduk di sini mendapat faedahnya.

'Walaupun skim ini mungkin tidak dapat meng­ubat kesedihan waris ke­pada warga emas yang me­ninggal dunia, namun ia adalah usaha untuk meng­hargai jasa dan bakti golongan berkenaan kerana telah menyumbangkan se­suatu untuk membangun­kan negeri ini pada masa hayatnya,"katanya.

Baharom berkata, sejak pendaftaran skim ini di­buka kepada umum akhir tahun lalu, pihaknya me­nerima lebih 1,500 pen­daftaran danjumlah itu di­jangka akan bertambah pada masa akan datang.

"Mereka yang mahu mendaftar tidak perlu me­nunggu sehingga pihak kita membuat program pen­daftaran di tempat mereka, malah penduduk boleh me­rujuk perkara itu kepada ketua kampung mereka berhubung urusan pen­daftaran.

"Mereka juga boleh da­tang terus ke pejabat kami untuk mendaftar pada bila-­bila masa kerana pendaftar­an skim ini tidak terhad pada jangka masa tertentu sahaja,"katanya.

Skim MUE bertujuan memberi manfaat dalam bentuk. perlindungan yang bernilai RM2,500 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang men­daftar secara rasmi), selepas mereka disahkan me­ninggal dunia melalui program yang dilaksanakan dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
SINAR HARIAN Ahad 01/03/2009

Monday, March 2, 2009

Borang, pendaftaran MUE adalah percuma


SALAK - Seramai 57 pe­nama di bawah Skim Mesra Usia Emas (MUE), me­nerima bayaran masing-­masing pada Majlis Penyerahan Bayaran Manfaat Peringkat Kedua anjuran Majlis perbandaran Sepang (MPSepang) di sini.

Wakil daripada Rantai Mesra Sdn Bhd (RMSB) iaitu pengendali program Kamsani Nasir berkata, Skim MUE itu adalah salah satu daripada tujuh pro­gram dilancarkan dalam Fasa Pertama Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) oleh keraja­an negeri.

Menurutnya, anggota masyarakat perlu memain­kan peranan lebih proaktif dan memberi respons ter­hadap usaha yang dilakukan kerajaan ne­geri dalam membela nasib serta kebajikan golongan me­merlukan.

"Sehingga kini lebih 33,000 telah didaftar menyertai skim MUE, manakala 30,000 lagi permohonan sedang diproses namun masih jauh dari sasaran yang telah ditetapkan pihaknya," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Majlis penyerahan bantuan dilakukan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Azizan Mohd Sidin, hadir sama, Pegawai Daerah Sepang, Mohd Amin Ahmad Ahya, pegawai Khas kepada DUN Angkat Sungai Pelek, Wong Chuan How; Ahli MPSepang, Ramlan Sajadi dan Penghulu Mukim Sepang, Azman Saring.

Kamsani berkata, pen­daftaran mereka yang layak menerima MUE adalah pen­ting kerana perlaksanaan fasa kedua program ber­kenaan kelak akan memberi manfaat kepada ahli yang berdaftar semasa hayat me­reka (belum meninggal).

Beliau juga mengingat­kan bahawa wang manfaat itu bukan harta warisan tapi penama adalah sebagai pemegang amanah bagi si mati.

"Mereka merupakan orang kepercayaan si mati untuk menguruskan wang manfaat tersebut bagi pihak mereka selepas berlaku ke­matian.

'Wang tersebut perlu di uruskan sebaik mungkin bagi menampung kos pe­ngebumian, menjelaskan se­bahagian hutang piutang, mengadakan kenduri ar­wah, upah haji atau setidak­ tidaknya didermakan ke­pada masjid dan surau sebagai amal jariah untuk si mati," katanya.

Berhubung dakwaan mengenai pembayaran RM10 untuk borang dan pendaftaran skim itu beliau berkata, skim berkenaan adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikena­kan kepada pemohon.

Sehubungan itu, beliau menyarankan orang ramai yang mengalami kes demik­an untuk melaporkannya kepada RMSB di talian 03-­55445578.
SINAR HARIAN 02/03/2009

Masih ramai warga emas belum daftar skim

MERU - Jumlah warga emas yang mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (MUE) masih rendah apabila tidak sampai 30 peratus daripada 240,000 orang golongan itu di negeri ini mendaftarkan diri untuk menyertai skim itu.

Jumlah 240,000 warga emas itu diperoleh berdasarkan senarai Daftar Pemilih Negeri Selangor dan dijangka jumlah sebenar warga emas me­lebihinya kerana dipercayai masih ramai tidak ber­daftar sebagai pengundi.

Wakil Rantaian Mesra Sdn Bhd, Arbain Abdul Rahman berkata, daripada jumlah lebih 350 ribu keping borang pendaftaran MUE yang diedarkan seluruh Selangor sejak skim itu diperkenalkan lima bulan lalu, kurang 60,000 borang pendaftaran lengkap diterima semula.

Rantaian Mesra Sdn Bhd adalah syarikat di­lantik kerajaan negeri untuk melaksanakan program itu dengan kerjasama setiap Pejabat Daerah.

Menurut Arbain jumlah itu jauh masih daripada sasaran kerajaan negeri yang mahu semua warga emas yang menetap di negeri ini mendaftar di ba­wah skim itu untuk mem­bolehkan menikmati kemudahan di­sediakan kerajaan negeri di bawah agenda Me­rakyatkanEkonomi Selangor (MES).

"Kita minta kerjasama semua pihak terutamanya daripada semua wakil rakyat untuk menyebarkan tentang kewujudan skim ini kerana kita percaya masih ramai tidak tahu mengenai nya dan memperbanyakkan program pendaftaran.

"Kepada warga emas yang mendaftar atau waris mereka, kita minta anda bantu kerajaan negeri dengan menyebarkan tentang kewujudan skim ini kepada rakan atau saudara mara agar mereka turut mendaftar," katanya.

Baliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Penyampaian Bayaran Manfaat Peringkat Kedua MUE di Dewan Orang Ramai Meru di sini.

Kerajaan negeri memper­untukkan RM102,000 ke­pada 68 waris warga emas yang meninggal dunia daripada empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kapar iaitu Sementa, Sungai Pinang, Selat Klang dan Meru untuk bayaran pe­ringkat kedua itu dengan setiap waris menerima RM1,500.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman dan pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin.




SINAR HARIAN Isnin 02/03/2009

Saturday, February 28, 2009

RM88,500 untuk Skim MUE

TELOK DATOK - Kerajaan Negeri Selangor memper­untukkan sebanyak RM 88,500 kepada 59 penerima Skim Mesra Usia Emas (MUE) di Daerah Kuala Langat.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail berkata, peruntukkan ter­sebut adalah bayaran pe­ringkat kedua Skim MUE selaras dengan seruan ke­rajaan negeri Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dalam menunaikan tanggungjawab kebajikan ke­pada rakyat di negeri ini.

Menurutnya, sumbang­an kepada pewaris ini diharap da­pat memberi peluang ke­pada ahli keluarga dalam meringankan beban mereka di samping membuktikan komitmen kerajaan negeri yang priha­tin terhadap usaha dilaku­kan kerajaan negeri.

"Di Kuala Langat sahaja kita mengharapkan pendaftaran Skim MUE ini me­ningkat dari masa ke se­masa supaya dapat memberi peluang kepada rakyat me­nikmati kekayaan negeri secara bersama.

"Dalam pada itu, saran­an terhadap meningkatkan kerjasama dan per­paduan dalam kalangan penduduk setempat me­narik masyarakat untuk mendaftar menyertai skim ini seterusnya mem­beri peluang kepada ke­rajaan meningkatkan ke­bajikan rakyat dalam setiap program yang di­anjurkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas me­nyampaikan bayaran manfaat pering­kat kedua Skim MUE di Dewan Seri Jugra, semalam.

Rodziah berkata, pihak­nya sentiasa peka terhadap kebajikan rakyat melalui pelbagai cara untuk me­narik Masyarakat menyertai program ini di samping da­pat memberi peluang ke­pada masyarakat berfikir berkaitan kebajikan yang telah diperuntukan kerajaan negeri.

Beliau berharap pen­duduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Telok Datuk, Morib dan Tanjung Sepat dapat menarik lebih ramai lagi penyertaan agar masya­rakat dapat menikmati hasil kekayaan bersama.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, beliau akan berusaha me­narik lebih ramai lagi ma­syarakat setempat men­daftar keahlian skim tersebut, malah pihaknya menggalakkan ketua kam­pung mencari golongan warga emas untuk men­dapat manfaatnya.

Menurutnya, program ini diharapkan akan terus menjadi pilihan kepada warga emas di daerah ini supaya rakyat mendapat menikmati hasil kekayaan bersama.

Beliau turut mengingat­kan semua penerima supaya menggunakan wang ter­sebut sebaiknya tanpa me­nyalahgunakannya.

Ahmad Yunus berkata, di Sijangkang sahaja beliau dapat menarik sebilangan besar warga emas untuk menyertai skim tersebut dan mengharapkan di DUN lain turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Hadir sama, Penolong Pegawai Pembangunan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat, Mohd Yasin Alwi.

SINAR HARIAN Jumaat 27/02/2009

Friday, February 27, 2009

PKM DUN Morib dekati Masyarakat setempat

NURUL FIRDAUS KHAIRI

BANTING - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib mendekati masyara­kat dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di tempat awam bagi memberi, peluang kepada masyarakat melontarkan segala per­masalahan yang dihadapi

Pengarah PKM DUN Morib, Dr. Muhammad Salehuddin Hafiz berkata, pihaknya mengambil pen­dekatan mewujudkan Hari Bertemu Pelanggan di tempat, awam bagi tujuan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di daernhini.

Menurutnya, melalui ak­tiviti ini kita dapat bertemu dengan masyarakat sekali gus membina komunikasi dua hala berkaitan sesuatu masalah terutama sekali berkaitan masalah se­tempat.

"Proses ini member pe­luang kepada pihak Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di se­sebuah kawasan mengenal pasti masalah yang berlaku di kawasan mereka melalui aduan penduduk.

"Penduduk juga tidak melepaskan peluang meng­isi borang pendaftaran Skim Mesrn Usia Emas (SMUE), Tawas dan sebagai­nya," katanya ketika ditemui pada Progrnm Hari Bertemu Pelanggan di Pasar Besar Banting, di sini semalam.

Mohammad Salehuddin berkata, pada tahun ini juga pihak PKM DUN Morib mensasarkan sebanyak 70 peratus warga emas ber­daftar di daerah ini dalam SMUE yang dianjurkan kerajaan negeri sejak tahun lalu.

Beliau tidak menolak ke­mungkinan jumlah tersebut melebihi sasaran, me­mandangkan kita mendapat sokongan sepenuhnya dari­pada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di setiap kampung di daerah ini.

"JKKK harus mening­katkan usaha mendapatkan maklumat berkaitan pen­daftaran mesra warga emas supaya masyarakat mem­peroleh manfaat daripa­danya.

"Penduduk sekitar juga diharapkan dapat berurus­an dengan pihak PKM DUN Morib dalam usaha men­dapatkan bantuan ter­sebut," katanya. Harian.

Hadir sama, Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Morib, Hasnul Baharuddin dan Pegawai Penilaian Majlis Daerah Kuala Langat ( MDKL), Muhamad Nor Bahri Saleh.

SINAR HARIAN Isnin 23 Februari 2009

Warga emas perlu segera daftar SMUE sebagai persediaan

Oleh: ERNEDA PASOLA

SABAK BERNAM - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar me­nyerahkan sejumlah wang sebanyak RM73,000 kepada 73 waris menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan Pakatan Rakyat Selangor berkuat kuasa 1 Oktober tahun lalu.

Menurut Pengarah Ope­rasi PKM DUN SAT, Zamri Yahya, baki RM1,500 lagi akan diberikan secara ber­peringkat dan untuk pe­ringkat pertama seramai 15 waris menerima bakinya.

Katanya, SMUE bertu­juan memberi manfaat da­lam bentuk perlindungan bemilai RM2,500 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia.

“SMUE adalah anta­ra program yang di­laksanakan dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan ini membuktikan ke­rajaan negeri prihatin ter­hadap rakyatnya terutama­nya warga emas yang banyak memberikan khid­mat dan jasa mereka.

“Di dalam DUN Sungai Air Tawar ini masih ter­dapat 2,000 lagi warga emas yang masih belum mendaftar manakala yang mendaftar hanya 1/3 dari­pada jumlah sebenar yang dianggarkan:” katanya.

Zamri turut memohon kepada waris warga emas yang masih belum men­daftar, mengingatkan ahli keluarga yang berusia 60 ta­hun ke atas supaya mendaftar kerana ia memberi­kan manfaat kepada waris warga emas itu untuk me­ngadakan tahlil, membayar fidyah selepas mereka me­ninggal dunia.

“Apa yang diperlukan un­tuk proses pendaftaran hanyalah salinan kad pe­ngena1an warga emas, waris dan penjaga sekiranya di­jaga orang lain dan pendaftaran boleh dibuat kepada Pengerusi Jawatan­kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sahaja.

Kita tidak dapat me­nerima sebarang pendafta­ran SMUE dan pendaftaran mestilah terus kepada JKKK kerana urusan tersebut te­lah diserahkan sepenuhnya kepada mereka, katanya.

Sinar Harian difaham­kan, ada sesetengah pihak yang mempunyai sentimen kepartian yang terlalu kuat sehingga bertindak negatif sedangkan SMUE adalah program yang diberikan ke­pada semua warga emas tanpa mengira parti politik dan bangsa asalkan me­menuhi syaratnya.

“Ada yang sanggup me­renyukkan dan mengoyakkan borang SMUE ini di hadapan JKKK kerana ber­anggapan negatif dan akhir­nya apabila berlaku kema­tian waris si mati datang menuntut wang berkenaan dan perkara seperti ini sudah tentunya menimbulkan masalah,” katanya.

Beliau berharap, ke­pimpinan masyarakt se­perti nazir masjid, pengerusi surau, JKKK sendiri memberikan penjelasan kepada warga emas mengenai per­kara ini supaya program SMUE yang disediakan ke­rajaan negeri ini dapat memberikan manfaat ke­pada rakyat.

Zamri turut menasihati waris si mati supaya meng­gunakan wang yang diperolehi daripada SMUE itu un­tuk kebajikan dan manfaat kepada si mati serta tidak sesekali menyalahgunakan wang berkenaan.

SINAR HARIAN Isnin 23/02/09

Thursday, February 26, 2009

Warga Emas digalak daftar SMUE

HULU BERNAM - Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang memasuki bulan kelima pelaksanaannya membantu ramai golongan terutamanya di daerah ini.

Skim tersebut antara bantuan dan faedah yang diberikan kepada warga emas bagi menghargai jasa serta pe­ngorbanan golongan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, skim be­rupa khairat kematian atau bentuk perlindungan itu memberi manfaat sepenulmya kepada waris kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.

"Mereka layak menerima bantuan ini 24 jam setelah mendaftar di bawah SMUE. Untuk permulaan mereka akan diberikan bantuan pendahuluan berjumlah RM1,000 dan baki RM1,500 diberi dalam tempoh selewat-Iewatnya 60 hari dari tarikh tersebut,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada maJUs penyampaian bantuan itu di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam, di sini.

Seramai 58 waris kepada warga emas menerima bantuan tersebut yang masing-masing menerima wang berjumlah RM1,500 iaitu baki daripada jumlah keseluruhan yang sudah diterima ketika mendaftarkan kematian keluarga penerima.
Hadir sama, Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat DUN Hulu Bernam, Mohd Syukor dan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Hulu Selangor, Mohd Nashruddin Abd.Aziz.

Rodziah berkata, bantuan tersebut memberi manfaat sepenuhnya kepada waris terutama dalam urusan pengebumian seIain meringankan beban kehidupan me­reka.

"Kita mengalu-alukan semua warga emas di kawasan ini supaya mendaftar dibawah skim ini dan kita akan memastikan tidak sesiapa pun tercicir daripada menerima bantuan ini.

"Proses pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Khidmat Rakyat DUN masing-masing atau di pejabat ketua kampung,"katanya.

Sementara itu Pegawai Khas DUN Batang Kali, Shaiful Anuar Sulaiman berkata, peluang berkenaan perlu diambil sebaiknya oleh golongan berkenaan bagi membantu meringankan beban yang terpaksa dipikul keluarga setelah mereka meninggal dunia.

''Kami berharap semua warga emas di kawasan ini dapat berbuat demikian dan menyampaikan hasrat mur­ni kerajaan yang bertujuan membela nasib mereka," katanya.

SMUE terbuka kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas dan lahir di Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 dan warga emas yang bermastautin di Selangor lebih 15 tahun.
SINAR HARIAN Sabtu 21/2/09