Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Saturday, February 21, 2009

Kerajaan Selangor terus bela rakyat

ISTANA ALAM SHAH - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sedang berusaha membetulkan keadaan dan kesilapan pemerintahan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini supaya hasil royalti di negeri ini tidak terus diselewengkan dan disalurkan kepada rakyat yang berhak menerimanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, antara usaha itu ialah dengan menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi mengurus tadbir aktiviti perlombongan pasir yang dijangka menyumbang RM50 juta pada tahun 2009 berbanding hanya RM20 juta setahun ketika BN memerintah.

Katanya, sepanjang sembilan bulan memerintah Selangor, pelbagai program dan projek pembangunan yang sedang dan bakal dilaksanakan dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang meliputi usaha pembangunan bagi memajukan negeri dan memewahkan rakyat pelbagai kaum.

Khalid berkata, fasa pertama MES melibatkan program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), bekalan air percuma 20 meter padu, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Mesra Usia Emas, Program Peningkatan Pendapatan Hasil Batuan dan Mineral, Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) dan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang.

“Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM35 juta bagi menjayakan program-program ini manakala Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menjayakan program pemberian air percuma,” katanya semasa ucapan sembah tahniah dan taat setia sempena Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Ulang tahun Keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-63 di sini, semalam.

SINAR HARIAN 14/12/08