KLANG – Sejak kemudahan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dihebahkan pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru kepada penduduk sekitar kawasan ini, sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Ini terbukti apabila pihak pejabat DUN itu menerima lebih 1,500 borang pendaftaran oleh warga emas sekitar Meru yang mahu menyertai skim itu sejak kemudahan itu disediakan kerajaan negeri yang diumumkan pada awam akhir tahun lalu.
Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mem, Suchipto Osman berkata, sejak beberapa bulan lalu banyak borang pendaftaran diterima pihaknya melalui program yang diatur dan juga dari beberapa pihak lain.
"Ada juga di antara mereka datang terus ke pejabat DUN untuk mendaftar dan ada juga pendaftaran diuruskan oleh ketua kampung masing-masing termasuk Kelab Penyokong Pas DUN Meru.
"Oleh kerana borang pendaftaran yang diterima terlalu banyak, ia memaksa kami meminta bantuan dari pihak Hal Ehwal Wanita Islam (Halwa) di bawah Dewan Muslimat Pas Kapar untuk memproses semua borang pendaftaran itu,"katanya.
Beliau berkata, pihak DUN Meru mahu semua borang pendaftaran itu dapat diproses secepat mungkin agar tiada yang tertangguh.
"Kita amat berterima kasih kepada pihak Halwa yang menghantar 15 sukarelawan ke pejabat DUN Ahad lalu untuk membantu kita melancarkan lagi proses pendaftaran skim itu.
"Antara tugas yang mereka lakukan termasuk mengemas kini data warga emas, memeriksa dokumen pengesahan, taraf pemastautin dan status permohonan," katanya.
Suchipto berkata, dengan bantuan dari pihak Halwa, ia sudah tentu akan dapat meringankan beban dan mempercepatkan skim SMUE diproses oleh pejabat DUN Meru.
"Kita jangka lebih banyak borang pendaftaran akan kita terima dalam jangka masa yang terdekat ini dan kita akan cuba memproses borang sedia ada dengan segera supaya boleh fokus pada pendaftaran baru," katanya.