Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Saturday, February 14, 2009

MUE bukti kerajaan PR bela nasib warga emas

Oleh: AMRULLAH ABDUL KARIM

KAMPUNG SEJANTUNG - Kerajaan negeri menyediakan pelbagai pro­gram bagi membantugolongan me­merlukan terutama warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan berpendapatan rendah atau miskin.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad ber­kata, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) sentiasa berusaha dalam membantu dan membela nasib rakyat terutama golongan tersebut yang se­memangnya memerlukan pembela­an.

"Oleh itu, kami memikirkan perlu­nya kepelbagaian mekanisme dan pro­gram bantuan dirangka selaras dengan hasrat itu.

"Namun begitu, program bantu­an itu tertakluk kepada syarat dan ke­layakan pemohon yang telah ditetap­kan oleh kerajaan," katanya pada program penyerahan bantuan barang­ dan keperluan dan angpau di sini.

Menurutnya, antara program bantuan yang sedang dilaksana­kan adalah Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) dan terbaru, Skim Jaringan Keselamatan Sosial Warga Emas Selangor atau Mesra Usia Emas (MUE).

Dr Zainal berkata, MUE yang di­lancarkan November tahun lalu mem­beri keistimewaan kepada waris war­ga emas, di mana waris tersebut akan diberikan bantuan sejumlah RM2,500 bagi memudahkan pengurusan per­siapan jenazah warga emas di bawah tanggungan mereka.

Menurutnya, bantuan itu akan di­salurkan secara ansuran setelah segala dokumen yang diperlukan diperoleh.

"Kerajaan menyediakan MUE un­tuk manfaat semua warga emas tanpa mengira jantina, kaum, agama, pen­dapatan, kedudukan dalam masyara­kat dan fahaman politik.

"Skim yang disediakan secara per­cuma ini membuktikan kesungguhan keprihatinan kerajaan membela nasib rakyat," katanya.

Beliau berkata, mereka yang ber­usia 60 tahun layak untuk mendaftar dan memohon bantuan ini dan mereka yang lahir dan menetap di Selangor ser­ta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekurang-kurangnya 15 tahun.

Katanya, kerajaan akan me­nyumbang RM1,000 kepada penama warga emas yang telah didaftarkan. setelah menerima dokumen kemati­an dalam tempoh 24 jam, manakala baki RM1,500 akan diberikan dalam tempoh selewat-lewatnya 60 hari ber­ikutnya.

SINAR HARlAN Ahad 11 Januari 2009