Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Thursday, February 5, 2009

Majlis Penyerahan Bayaran SMUE

Ijok, 25 Jan – Seramai 21 orang waris kepada rakyat Selangor di kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok yang telah meninggal dunia telah menerima sumbangan di bawah Skim Mesra Warga Emas masing-masing berjumlah RM2,500.00.

Skim yang diperkenalkan mulai 1 Oktober 2008 telah disumbangkan kepada 1,050 keluarga bernilai RM2.5 juta. Skim ini bukan sahaja tertumpu kepada sumbangan khairat kematian tetapi Kerajaan Negeri berhasrat untuk meluaskannya meliputi bantuan kos perubatan warga emas dan pembelajaran waris. Bantuan khairat kematian melibatkan anak Selangor yang berusia 60 tahun ke atas dan bantuan disampaikan kepada waris dalam masa 24 jam selepas kematian dengan bantuan sekurang-kurangnya RM1,000.00 dan bakinya akan disampaikan kemudian.

Y.A.B Dato’ Menteri Besar dalam ucapannya berterima kasih kepada pihak media yang mula membuat liputan kepada Kerajaan Negeri secara telus dan terbuka dan berharap agar usaha-usaha Merakyatkan Ekonomi Selangor dapat disebarluaskan di kalangan rakyat. Beliau juga berharap agar program-program melibatkan kebajikan dan pembangunan wanita, belia dan pendidikan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri sentiasa mendapat sokongan semua. Y.A.B. sempat beramah mesra bersama keluarga penerima dan masyarakat Tionghua di Pekan Ijok sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina selepas majlis tersebut.



























Bukti keprihatinan kerajaan negeri

DENGKIL -Skim Mesra Warga Emas yang berkuat kuasa di Selangor sejak 1 Oktober 2008 lalu, adalah skim berbentuk bantuan sumbangan wang se­gera kepada waris atau pen­jaga warga emas yang meninggal dunia selepas 1 Oktober ini.

Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Mohd Hamidi Mohamed berkata melalui skim tersebut wang bantuan segera yang berjum­lah RM1,000 akan diserahkan serta merta kepada waris atau penjaga warga emas yang me­ninggal dunia.

"Manakala baki berjumlah RM1,500 akan diserahkan da­lam tempoh sebulan selepas ta­rikh meninggal dunia.

"Bantuan ini adalah inisia­tif untuk meringankan beban waris dalam menguruskan je­nazah," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat Dengkil.

Mohd Hamidi berkata, an­tara syarat-syarat untuk men­dapatkan bantuan itu ada­lah ahli mestilah warga emas berumur 60 tahun ke atas, la­hir dan sedang menetap di Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur se­belum 1 Februari 1974, dan se­dang menetap di Selangor atau telah bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.

"Pewaris yang ingin me­nuntut bantuan ini perlu menyertakan bersama salinan permit penguburan, sijil mati serta kad pengenalan penama semasa tuntutan dibuat.

"Bagaimanapun semua warga emas ini digalakkan un­tuk mengisi borang sebagai ahli warga emas bagi memudahkan pihak Jawatankuasa DUN me­ngenal pasti warga emas yang berada dalam DUN Dengkil,"
katanya.

Menurutnya, bantuan skim mesra warga emas ini juga akan diberikan kepada semua rakyat Selangor tidak mengira janti­na, agama, kaum, kedudukan mahupun fahaman politik se­lagi menepati syarat-syarat di­tetapkan.

Beliau berkata, baki wang bantuan tersebut akan di­sampaikan secara berkelompok kepada waris-waris (jika berla­ku lebih dari satu kematian da­lam satu masa yang dekat).

"Skim yang dilancarkan ini bertepatan dengan mani­festo kerajaan negeri seperti yang dijanjikan pada kempen pilihan raya lalu," katanya. .

Bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut atau mendapatkan borang permohonan, boleh datang terus ke Pusat Khidmat Masyarakat yang terletak di No 10 Jalan Cyber Valley 1 A/1, Cyber Valley Commercial Center, 43800 Dengkil, Sepang.

SINAR HARlAN Sabtu 27 Disember 2008

100 up Uncle Naraya still on the go

By Halim Said

PETALING JAYA: Most peo­ple, rich or poor, don't get to welcome the New Year like Uncle Naraya.

Uncle Naraya, whose full name is K.S. Naraya Iyer Sub­ramania Vidhyar, has just ushered in the New Year at the grand age of 100.

The centenarian, who still hops on buses in PJ, attributes his longevity to long walks and a strict diet.

Uncle Naraya, who was born on Nov 5, 1908 in Kerala, India, came to Malaya in 1924.

In 1934, he married S. Man­galambal and fathered three boys and three girls. His wife died in 1977.

Vijaya, 64, the youngest of Naraya's children, said his fa­ther led an active life. Naraya stopped driving when he was 70 years old.

"He would have his morning walks near his home and walk as far as 2km before having a breakfast of vege diet. My fa­ther still shaves himself," said Vijaya.

Naraya's daughter-in-law S. Jeya, who looks after him at her home in PetaIing Jaya, said he has no health prob­lem.

"He has been a vegetarian since young. His only problem is his eyesight as he is partially blind. He had to quit his morn­ing walks as age has weak­ened his movements," she said.

"He was also active in the stock market and was once a stock consultant, .. she said.

Naraya retired in 1968 as an assistant engineer in the Se­langor Drainage and irriga­tion Department.

Kampung Tenku assembly­man Lau Weng San visited Narayana recently and regis­tered him under the Selangor state "Mesra Usia Emas" scheme. The scheme offers the registrants' next-of kin RM2,500 for funeral expens­es.

Rodziah Ismail, who is in charge of state welfare, wom­en affairs, science, technology and innovation, said the Mesra Usia Emas scheme started last October and 60,000 old folks have registered.”

"The scheme is designed in such a way to give proper buri­al and respect to the deceased. There are cases when families have to borrow money for the burial costs.

To avoid abuse of the fund, Rodziah said village chiefs or state assemblymen will get de­taiis of the deceased as well as of the beneficiaries.

"Proper documents need to be looked into. As the death certificate will take some time to be issued, documents like police reports and burial certificates will be sufficient," she said.

Rodziah said relatives of registered Selangor residents who die in other states while travelling and are buried outside Selangor, are also eligible for the fund.

The Mesra Usia Emas scheme applies to those aged 60 and above, those born in Selangor or the Federal Territory before Feb 1, 1974 or those who have been residing in Selangor for at least 15 years.

The beneficiaries will have to produce original death certificate of the deceased to collect RM1,000 from the state assemblymen. The assemblymen will then stamp the certificates to prevent people from collecting more than once. The remaining RM1,500 will be issued within 60 days.

To register for the scheme, senior citizens must bring along two photocopies of their IC, two photocopies of the beneficiaries' IC; and two photocopies of their caretakers' IC (if he/she is not the beneficiary).

For details, call 03-5544 5578/ 03-5544 5579.

News Straits Times Isnin 05/Jan/2009