Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Sunday, February 15, 2009

Warga PJS sambutbaik skim MWE

PJS 2 - Penduduk di sini menyambut baik langkah kerajaan negeri memper­kenalkan Skim Mesra Warga Emas (MWE) kepada pen­duduk yang berumur 60 tahun ke atas bermula Oktober tahun lalu. Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata penduduk bersetuju dengan langkah ke­rajaan negeri itu yang disifat­kan sebagai prihatin terhadap kebajikan dan kepentingan golongan warga emas di ne­geri ini.

Wa'adan Tairan, 59, ke­tika ditemui menyokong usaha kerajaan negeri malah meng­anggapnya sebagai satu rahmat kepada semua rakyat di nege­ri ini.

Menurutnya, dengan ada­nya skim tersebut, ia bukan sahaja dapat meringankan be­ban keluarga individu yang mengikuti skim terbabit ma­lah memberi harapan dan si­nar baru kepada keluarga yang tidak berkemampuan.

"Dengan adanya skim ini, sekurang-kurangnya da­pat membantu meringankan beban keluarga, balu ataupun anak-anak si mati.

"Sumbangan yang diterima boleh digunakan untuk urusan pengebumian dan bakinya pula boleh dijadikan tabungan atau­pun untuk pendidikan anak­-anak," katanya.

Sementara itu, Anuar Ramlee,52, berkata, waris atau penerima skim berkenaan perlu menggunakan sumbangan tersebut dengan berhemah bagi mengelakkan pembaziran.

Menurut Anuar, sumbang­an berkenaan perlu digunakan secara bijak kerana jumlahnya bukannya besar.

"Skim ini satu langkah yang baik daripada kerajaan negeri. Ini menunjukkan me­reka prihatin terhadap kebajik­an rakyat di negeri ini.

"Namun, saya nasihatkan kepada penerima ataupun wa­ris individu yang menyertai skim ini supaya mengguna­kan sumbangan tersebut de­ngan betul," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) , Mahharul Ismail, mengajak warga PJ yang berusia 60 tahun ke atas supaya mendaftarkan nama di Pejabat AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pejabat Ahli Majlis masing-masing, bagi melayakkan waris me­reka menerima skim berjum­lah RM2 ,500 itu.

Maharul berkata, se­tiap waris si mati yang me­nyertai skim ini akan menerima RM 1,000 yang akan disampai­kan melalui Pejabat ADUN ma­nakala bakinya akan diuruskan oleh Pejabat Daerah dalam satu majlis yang diadakan kelak.

Menurutnya, bantuan ter­sebut sekurang-kurangnya da­pat meringankan beban ke­luarga si mati dalam hal-hal berkaitan pengebumian dan sebagainya.
SINAR HARIAN SABTU 24/01/09