PULAU CAREY - Keprihatinan pemimpin untuk turun padang bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukan pertolongan sedikit sebanyak menceriakan mereka bagi menjalani kehidupan.
Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, masyarakat juga akan berasa tidak dipinggirkan dalam usaha mendekati pemimpin tersebut sekali gus memberi peluang kepada masyarakat mengenali pemimpin di sesebuah kawasan.
"Pejabat ADUN Sijangkang menekankan aspek kerjasama dan prihatin terhadap masalah rakyat dan rakyat seharusnya membuka pemikiran mereka agar hubungan yang dijalinkan ini dapat berterusan pada masa akan datang.
"Sikap turun padang sebenamya membawa kepada keharmonian rakyat apabila pemimpin dapat turut serta dengan pelbagai program yang dianjurkan di sesebuah kawasan," katanya ketika ditemui menyampaikan sumbangan kepada waris warga emas yang meninggal dunia di Dewan Pulau Carey, di sini, semalam.
Ahmad Yunus berkata, program kerajaan negeri itu dilaksanakan untuk meringankan keluarga yang menerima musibah.
Menurutnya, keprihatinan ini sebenamya memberi peluang kepada pemimpin setempat mendekati ahli keluarga yang menerima musibah untuk sama-sama membantu meringankan beban dan sekali gus mengurangkan kesedihan mereka.
Dalam pada itu, beliau berusaha untuk meningkatkan hubungan baik di kalangan penduduk sekitar di Dewan Undangan Negeri (DUN) ini apabila beliau turut berkongsi pengaIaman semasa berada di Gaza, Palestin bagi misi keamanan.
Beliau berharap, masyarakat di sini mengambil iktibar dengan aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.
"Keadaan ini sebenamya memberi peluang kepada masyarakat di sini meningkatkan hubungan baik sesama anggota masyarakat dan tidak berfikiran negatif di kalangan mereka.
"Perpaduan yang ditunjukkan dalam masyarakat hari ini terutama di Malaysia harus diteruskan dan diperkukuhkan supaya tidak mencemarkan nama baik masyarakat," katanya.
Beliau juga mahukan masyarakat tidak memandang sesuatu aspek dengan melibatkan mana-mana fahaman politik tetapi ianya haruslah kepada memakmurkan dan memartabatkan masyarakat demi meningkatkan perpaduan di kalangan mereka.
Beliau yakin sekiranya perkara ini dibuat, masyarakat dapat hidup dengan keadaan yang cemerlang lan mewujudkan sebuah masyarakat aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang.
SINAR HARlAN Ahad 11 Januari 2009