Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Tuesday, February 3, 2009

Pendaftaran 'Mesra Usia Emas' bermula

MERU - Pejabat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru melancarkan pendaftaran Program Mesra Usia Emas yang merupakan salah satu produk kebajikan Kerajaan Selangor kepada semua warga emas yang tinggal di negeri ini.

Program Mesra Usia Emas merupakan satu skim khairat kematian atau bentuk perlindungan bemilai RM2,500 kepada warga emas yang ber­usia 60 tahun ke atas yang telah mendaftar se­cara rasmi selepas mereka disahkan meninggal dunia.

Program ini terbuka kepada semua warga emas di negeri ini yang telah berumur 60 tahun ke atas dan lahir di negeri Selangor ataupun la­hir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur se­belum 1 Februari 1974. Bagi warga emas yang telah bermastautin di Selangor melebihi 15 tahun juga dikira layak untuk mendaftar di bawah program ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, di bawah skim tersebut warga emas yang telah mendaftar dan sekiranya mereka meninggal dunia, waris mereka akan dibayar sebanyak RM1,000 semasa hari kematian dan selebihnya dibayar dalam masa dua bulan sebaik sahaja lain-lain dokumen seperti salinan Sijil Kematian lengkap diterima.

"Program Mesra Usia Emas ini adalah sa­lah satu cara untuk membuktikan keprihatinan yang tinggi kerajaan negeri terhadap rakyatnya khususnya golongan warga emas yang telah ba­nyak memberi sumbangan kepada pembangun­an ekonomi dan sosial negara.

"Mereka hanya perIu mengisi borang yang mengandungi tiga salinan bercetak dan kod ber­komputer dan borang-borang tersebut akan di­edarkan kepada semua warga emas yang ada di sekitar Meru melalui ketua kampung di kawa­san masing-masing," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, semua warga emas yang la­yak atau warisnya boleh mengambil sendiri bo­rang berkenaan di pejabat-pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berdekatan atau terns ke Pejabat Khidmat Rakyat DUN Meru dan membuat pendaftaran.

"Kita berharap semua warga emas di kawa­san ini dapat merebut peluang ini kerana ia mam­pu meringankan beban kehidupan keluarga me­reka pada kehidupan yang mendatang sekiranya mereka meninggal dunia," jelasnya.

Sinar Harian juga dimaklumkan satu kad pendaftaran akan diberi kepada warga emas ter­sebut setelah setiap permohonan yang diterima siap diproses.

SINAR HARIAN Ahad 26/10/08

Tabung MUE mula buka pendaftaran

Oleh: NUR FARHANA ABDUL MANAN

SERI KEMBANGAN - Warga emas sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan kini sudah boleh mula men­daftar di bawah Tabung Mesra Usia Emas dalam beberapa program yang diadakan sehingga 2 November nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah ber­kata, program berkenaan akan dikelolakan Pusat Komuniti Rakyat Serdang dan pen­daftaran diadakan bermula Sabtu lalu di tujuh kawasan berlainan.

Katanya, kawasan itu termasuklah yang sudah diadakan di Dewan Serba Guna Seri Kembangan dan Balai Masyarakat Taman Muhibbah hujung minggu lalu.

"Bagi lima kawasan lain yang diada­kan program pendaftaran itu adalah di Balai Raya SB 2, Taman Sungai Besi Indah pada Jumaat lalu, Kompleks 3K, Serdang Raya, (Sabtu) dan Taman Universiti Indah (Ahadnya).

"Selain itu pada 1 dan 2 November nan­ti program akan diadakan masing-masing di Restoran Kopitiam Serdang, Jalan Desa Serdang 2 dan Tokong Cina, Pangsapuri Anggerik, Serdang Lama bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari," jelasnya

Menurut Yong, hanya warga emas yang tinggal di DUN Seri Kembangan sa­haja yang boleh mendaftar di bawah pro­gram Pusat Komuniti Serdang, manakala lain-lain boleh mendaftar di pusat khidmat DUN mereka tinggal.

Katanya, jika ada antara penduduk su­dah tinggal melebihi 15 tahun di Selangor tetapi masih belum menukar alamat di kad pengenalan, mereka disarankan membuat penukaran alamat terlebih dahulu.

"Pemohon perIu hadir membawa salinan kad pengenalan, maklumat seperti pe­kerjaan dan nombor telefon, nama penjaga pemohon serta wasiat yang dipersetujui un­tuk menerima manfaat selepas mereka me­ninggal dunia.

"Tabung Mesra Usia Emas" ini di­buka kepada warganegara Malaysia ber­umur 60 tahun ke atas, lahir atau menetap di Selangor, lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) sebelum 1 Februari 1974 dan menetap di Selangor atau ber­mastautin di KL sekurang-kurangnya 15 tahun.

"Berkuat kuasa 1 Oktober lalu, ta­bung ini menggantikan Tabung Jasamu yang memberi khairat kematian sebanyak RM2,000 sebelum ini dan ia tidak lagi di­salurkan melalui pejabat daerah, tetapi me­lalui pejabat ADUN," katanya.

Jelas Yong lagi, tabung berkenaan ada­lah usaha kerajaan negeri untuk meringankan beban waris warga emas mengenai kos perubatan dan pengebumian mereka.

"Mana-mana keluarga warga emas yang layak syarat akan menerima wang sebanyak RM2,500 secara berperingkat sekiranya meninggal dunia selepas 30 September lalu.

"Pemohon perlu mengemukakan per­mohonan bersama salinan sijil kematian dan permit pengebumian dan sebarang per­tanyaan mengenai perkara itu boleh meng­hubungi Pusat Komuniti Serdang di talian 03-89426381.

SINAR HARIAN Ahad 26 Oktober 2008