BANTING - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib mendekati masyarakat dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di tempat awam bagi memberi, peluang kepada masyarakat melontarkan segala permasalahan yang dihadapi
Pengarah PKM DUN Morib, Dr. Muhammad Salehuddin Hafiz berkata, pihaknya mengambil pendekatan mewujudkan Hari Bertemu Pelanggan di tempat, awam bagi tujuan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di daernhini.
Menurutnya, melalui aktiviti ini kita dapat bertemu dengan masyarakat sekali gus membina komunikasi dua hala berkaitan sesuatu masalah terutama sekali berkaitan masalah setempat.
"Proses ini member peluang kepada pihak Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di sesebuah kawasan mengenal pasti masalah yang berlaku di kawasan mereka melalui aduan penduduk.
"Penduduk juga tidak melepaskan peluang mengisi borang pendaftaran Skim Mesrn Usia Emas (SMUE), Tawas dan sebagainya," katanya ketika ditemui pada Progrnm Hari Bertemu Pelanggan di Pasar Besar Banting, di sini semalam.
Mohammad Salehuddin berkata, pada tahun ini juga pihak PKM DUN Morib mensasarkan sebanyak 70 peratus warga emas berdaftar di daerah ini dalam SMUE yang dianjurkan kerajaan negeri sejak tahun lalu.
Beliau tidak menolak kemungkinan jumlah tersebut melebihi sasaran, memandangkan kita mendapat sokongan sepenuhnya daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di setiap kampung di daerah ini.
"JKKK harus meningkatkan usaha mendapatkan maklumat berkaitan pendaftaran mesra warga emas supaya masyarakat memperoleh manfaat daripadanya.
"Penduduk sekitar juga diharapkan dapat berurusan dengan pihak PKM DUN Morib dalam usaha mendapatkan bantuan tersebut," katanya. Harian.
Hadir sama, Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Morib, Hasnul Baharuddin dan Pegawai Penilaian Majlis Daerah Kuala Langat ( MDKL), Muhamad Nor Bahri Saleh.
SINAR HARIAN Isnin 23 Februari 2009