Program Sambutan Satu Tahun pentadbiran Kerajaan Baru Selangor bermula dengan satu perjumpaan khas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, program tersebut bertujuan memperkenalkan dasar-dasar dan apa yang ditawarkan kerajaan negeri kepada rakyat dan mengharapkan penglibatan rakyat secara menyeluruh, bukannya diraikan secara besar-besaran.
"Secara umumnya saya berpuas hati dengan pencapaian selama hampir setahun PR mentadbir Selangor dengan pelbagai pencapaian.
"Banyak cabaran yang perlu diatasi dan banyak yang perlu disampaikan kepada rakyat tetapi ini satu permulaan yang baik, " katanya dalam satu sidang media.
Katanya, satu program yang dipanggil program 'wistle stop' diinspirasikan dari Amerika Syarikat di mana ia merupakan amalan biasa. Barrack Obama akan menaiki bas dan kereta api dari satu bandar ke satu bandar sebelum pelantikannya.
Oleh itu, rombongan pimpinan Menteri Besar, ahli-ahli Exco, Ahli Dewan Unclangan Negeri (AnUN), ahli parlimen serta ketua ketua jabatan akan bergerak dari satu daerah ke satu daerah se1uruh Selangor dengan menaiki bas dan pacuan empat roda.
Katanya, berdasarkan perancangan program akan bermula 14 Mac 2009, bermula di Hulu Selangor kemudian Gombak, Petaling Jaya, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan berakhir di Shah Alam pada 21 Mac.
''Di setiap daerah ini akan diadakan mini karnival yang disertai agensi kerajaan termasuk badan-badan yang terlibat dalam usaha merakyat ekonomi Selangor seperti TAWAS, Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti dan sebagainya.
"Tidak lama lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan, oleh itu Inpens, Kuis, Unisel akan membuka gerai selain anak syarikat kerajaan negeri," katanya.
Menurut beliau, kemuncak sambutan akan berlangsung di Shah Alam di mana pada sebelah malam akan diadakan persembahan kebudayaan dan tayangan video kejayaan yang dicapai dan rancangan masa depan di samping ucapan pemimpin negeri.
SINAR HARIAN 24/02/09