Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Saturday, March 7, 2009

21 waris terima RM30,500

TANJONG KARANG - Seramai 21 warls menerima sejumlah RM30,500 bagi Skim Mesra Usia Emas un­tuk Dewan Undangan Negeri (DUN) permatang di sini dalam usaha me­ringankan beban bagi pro­sedur kematian dan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Misri Idris ber­kata, skim itu dilaksanakan di setiap DUN di daerah ini bagimembantu keluarga waris melancarkan prosedur ke­matian sekali gus meringan­kan beban mereka.

Menurutnya, skim itu adalah antara tujuh pen­dekatan yang dijalankan untuk rakyat dalam negeri ini untuk memberi kemudahan kepada warga emas yang berusia 60 ta­hun ke atas dan juga golongan kurang upaya (OKU).

"Pelbagai usaha dijalan­kan kerajaan negeri bagi menjaga kesejahteraan ke­pada semua bermula golongan muda sehingga ke peringkat warga emas dan sokongan perlu bagi merealisasikan us aha ber­kenaan.

"Pihak Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor (PDKS) memberi sokongan padu terhadap usaha yang di­jalankan kerajaan negeri," katanya ketika hadir pada Majlis Penyerahan Manfaat Kedua Skim Mesra Usia Emas DUN permatang di Pejabat Pusat Khidmat DUN Permatang di sini, se­malam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Othman; Penghulu Mukim Ujong permatang dan Kuala Selangor, Faidzullah Abd Ghani dan Ketua Bahagian Parti KeadilanRakyat (PKR), Abdul Kudus Omar.

Misri juga menggalak­kan semua penduduk me­nunaikan tanggungjawab untuk membayar cukai yang dikenakan bagi mem­bantu kerajaan negeri me­ngumpulkan dana sekali gus menjamin keharmo­nian negeri ini.

Sementara itu, Dr Abdul Rani berkata, kerajaan ne­geri berusaha untuk me­mastikan rakyat yang ter­pinggir dibantu dengan MES supaya segala hasil dapat disumbangkan ke­pada rakyat.

"Rakyat mahukan per­ubahan dan pimpinan Pakatan Rakyat akan mem­bawa perubahan dengan pelbagai bantuan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan fahaman poli­tik," katanya.

SINAR HARIAN 26/02/09