Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Friday, March 6, 2009

Semua pihak mula ‘belajar’ makna demokrasi

AZIMAH GHAZALI

KEPONG - Semua pihak di­katakan sudah mula me­ngetahui maksud di sebalik demokrasi apabila turut melaksanakan amalan de­monstrasi bagi menunjuk­kan ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu perkara yang berbangkit.

Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kepong, M Balakrishnan, 46, berkata, suatu ke­tika dahulu Pakatan Rakyat (PR) ditempelak apabila melakukan demonstrasi berhubung isu tertentu un­tuk dinyatakan kepada se­suatu pihak.

Namun kini menurut­nya, tidak kira daripada mana-mana parti, semua pihak termasuk daripada parti politik sebelum ini yang membantah keras tindakan tersebut turut me­laksanakan amalan itu le­bih-lebih lagi dalam me­nyuarakan isu hangat yang diperkatakan sekarang.

"Sedangkan dahulu se­hingga sekarang, PKR memperjuangkan nasib un­tuk semua rakyat. Bukan se­perti parti politik berkenaan yang melakukan demonstrasi hanya untuk memperjuangkan satu kelompok kumpul­an dan kepentingan satu parti komponen sahaja.

"Kita harap se­suatu menimbulkan sensi­tiviti pihak lain perlulah di­jaga kerana kita tidak mahu ketenteraman rakyat ter­gugat akibat pergolakan politik yang berlaku sejak akhir-akhir ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pendaftaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Bagi Warga Kepong dan Jinjang di Dewan Masyarakat Omised, Jinjang Utara, di sini.

Hadir sarna, Ahli Par­limen Kepong, Dr Thn Seng Giaw; Pengerusi Biro Keba­jikan Angkatan Muda Ke­adilan (AMK) Selangor, Mo­hammad Azihan Che Semim dan Kadet Pengakap Sekolah Daerah Kepong yang memberikan bantuan meng­isi borang, mengedarkan minuman dan sebagainya.

Mengulas mengenai pro­gram yang dijalankan Balakrishnan berkata, walaupun SMUE sudah berkuat kuasa sejak 1 Oktober tahun lalu, namun pelaksanaan bantuan ber­kekenaan bagi kawasan Kepong dan Jinjang hanya pertama kali dimulakan.

Beliau yang juga pe­ngerusi penganjur program itu berkata, SMUE di­laksanakanbagi membantu penduduk dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selain bertujuan memperkenalkan ke­pimpinan PR kepada ma­syarakat setempat.

"Lagipun, walaupun ka­wasan ini berada dalam Wilayah Persekutuan boleh dikatakan penduduk susah untuk mendapat bantuan. Dengan adanya SMUE ini, sekurang-kurangnya ia da­pat membantu mereka.

"Nampaknya sambutan program ini amat meng­galakkan di mana penduduk yang hadir kira-kira 200 orang dan melebihi sasaran kita sebelum ini yang menganggarkan se­ramai 100 orang sahaja yang hadir,"katanya.

Beliau berkata, dalam masa terdekat PKR Bahagian Kepong akan menganjurkan program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) pula se­lepas ini.

SINAR HARIAN Selasa 24/02/09