(Gambar -YB Rodziah menyampaikan sumbangan faedah Mesra Usia Emaskepada salah seorang waris MUE dari DUN Batang Kali. Turut sama (dari kiri) adalah Mohd Nashruddin Aziz, Ahlis MajlisDaerah Hulu Selangor, Mohd Syukor, Penyelaras DUN Hulu Bernam dan Khairul Nizam, Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor) Berita:Skim Mesra Usia Emas (MUE) yang dilancarkan awal bulan Oktober tahun lepas di seluruh daerah di negeri Selangor merupakan satu skim bagi menghargai jasa dan pengorbanan golongan warga emas di negeri ini yang banyak berjasa kepada pembangunan dari segi ekonomi dan sosial.
Ianya merupakan satu skim khairat kematian atau bentuk perlindungan bernilai RM2,500 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang berdaftar secara rasmi selepas mereka disahkan meninggal dunia.
Pihak Pusat Khidmat Rakyat/Masyarakt di Dun Batang Kali, Hulu Bernam dan Kuala Kubu Bharu telah mula menyampaikan pengagihan skim tersebut kepada penerima yang berkelayakan iaitu waris kepada warga emas yang telah meninggal dan berdaftar di bawah skim tersebut sejak ianya dilancarkan.
Kelmarin (19 Deb 2009, 2.30 ptg) telah diadakan satu majlis sumbangan faedah secara ringkas wang faedah khairat kematian di bawah skim MUE tersebut kepada waris warga emas yang meninggal dunia mulai 1 Oktober lalu di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam yang terletak di Jalan Besar, Hulu Bernam di sini.
Wang sumbangan skim berkenaan tersebut disampaikan sendiri oleh YB Rodziah Ismail, Exco Kebajikan, Sains,Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor kepada 58 waris warga emas yang terlibat yang mana masing-masing menerima faedah sebanyak RM1,500. Waris-waris tersebut sebelum ini telah menerima sumbangan RM1,000 sebaik sahaja warga emas tersebut meninggal dunia.
“Skim Mesra Usia Emas ini adalah satu skim yang mampu memberi manfaat kepada rakyat terutamanya untuk meringankan beban waris kepada warga emas bagi urusan pengebumian dan juga untuk menguruskan kehidupan mereka pada masa akan datang.
“Kita amat mengalu-alukan semua warga emas yang ada di kawasan ini untuk mendaftar di bawah skim ini dan proses pendaftaran boleh dijalankan di Pejabat pejabat Khidmat Masyarakat DUN-DUN dan di pejabat ketua kampung masing-masing,” kata Exco berkenaan semasa di awal ucapan majlis tersebut.
Difahamkan Skim Mesra Usia Emas ini terbuka kepada semua warga emas di negeri ini berumur 60 tahun ke atas dan lahir di negeri Selangor ataupun lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 dan juga warga emas yang bermastautin di Selangor lebih 15 tahun.
Shaiful Anuar Sulaiman, Pegawai Khas DUN Batang Kali berkata, peluang ini perlu diambil oleh semua warga emas di kawasan ini bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga mereka.
"Kita berharap semua warga emas di kawasan ini akan dapat merebut peluang ini kerana ia mampu meringankan beban kehidupan keluarga mereka pada kehidupan yang mendatang sekiranya mereka meninggal dunia,” katanya.
Kiriman:
Shaiful Anuar Sulaiman,
Pegawai Khas
DUN Batang Kali (N07)
Shaiful Anuar Sulaiman,
Pegawai Khas
DUN Batang Kali (N07)
No comments:
Post a Comment