TAMAN BOLTON - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di bawah pentadbiran menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sentiasa mementingkan kebajikan dan membantu rakyat di negeri ini terutama golongan wargaemas.
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, kerajaan negeri bersetuju menambah faedah insurans untuk Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dari RM1,000 kepada RM3,500.
Menurutnya, sebelum ini beliau telah mencadangkan supaya wang tersebut tidak hanya dibahagikan selepas warga emas tersebut meninggal dunia tetapi wang tersebut boleh diagihkan ketika warga emas sakit untuk meringankan beban memembeli ubat.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa berkata, sebanyak RM2,500 faedah insurans juga akan diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) ell negeri ini.
"Jika ada rakyat yang mengalami sakit buah pinggang, kerajaan negeri dengan ikhlas akan memberi bantuan dialisis tanpa mengira kaum, agama dan bangsa," katanya.
"Menurutnya, selain itu kerajaan negeri Selangor bersetuju membantu membayar RM1,200 kepada warga emas yang telah rabun dan mahu membuat pembedahan untuk membuang katarak.
"Bukan sahaja membantu dari segi wang malah kerajaan Selangor juga telah menyediakan penempatan yang selesa bagi warga emas yangtidakmempunyai tempat tinggal," katanya ketika majlis Jamuan Tahun Baru Cina di Kelab Warga Emas Seri Gombak anjuran Ahli MajIis Perbandaran Selayang Zon 8, Lim Ching How, di sini.
Hadir sama, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Ahli Majlis Zon 7, Maznah Abd. Aziz, Ahli Majlis Zon, ll dan Rahim Ahmad Kasdi.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan memberikan peruntukan sebanyak RM150,000 setabun kepada setiap ahli Parlimennya.
Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah Barisan Nasional (BN) menafikan peruntukan RMI juta bagi Ahli Parlimen PR sedangkan jumlah yang sama diberikan kepada Ahli Parlimen BN.
SINAR HARIAN 28/02/09

No comments:
Post a Comment