Oleh: AMRULLAH ABDUL KARIM
KAMPUNG SEJANTUNG - Kerajaan negeri menyediakan pelbagai program bagi membantugolongan memerlukan terutama warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan berpendapatan rendah atau miskin.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad berkata, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) sentiasa berusaha dalam membantu dan membela nasib rakyat terutama golongan tersebut yang sememangnya memerlukan pembelaan.
"Oleh itu, kami memikirkan perlunya kepelbagaian mekanisme dan program bantuan dirangka selaras dengan hasrat itu.
"Namun begitu, program bantuan itu tertakluk kepada syarat dan kelayakan pemohon yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya pada program penyerahan bantuan barang dan keperluan dan angpau di sini.
Menurutnya, antara program bantuan yang sedang dilaksanakan adalah Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) dan terbaru, Skim Jaringan Keselamatan Sosial Warga Emas Selangor atau Mesra Usia Emas (MUE).
Dr Zainal berkata, MUE yang dilancarkan November tahun lalu memberi keistimewaan kepada waris warga emas, di mana waris tersebut akan diberikan bantuan sejumlah RM2,500 bagi memudahkan pengurusan persiapan jenazah warga emas di bawah tanggungan mereka.
Menurutnya, bantuan itu akan disalurkan secara ansuran setelah segala dokumen yang diperlukan diperoleh.
"Kerajaan menyediakan MUE untuk manfaat semua warga emas tanpa mengira jantina, kaum, agama, pendapatan, kedudukan dalam masyarakat dan fahaman politik.
"Skim yang disediakan secara percuma ini membuktikan kesungguhan keprihatinan kerajaan membela nasib rakyat," katanya.
Beliau berkata, mereka yang berusia 60 tahun layak untuk mendaftar dan memohon bantuan ini dan mereka yang lahir dan menetap di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekurang-kurangnya 15 tahun.
Katanya, kerajaan akan menyumbang RM1,000 kepada penama warga emas yang telah didaftarkan. setelah menerima dokumen kematian dalam tempoh 24 jam, manakala baki RM1,500 akan diberikan dalam tempoh selewat-lewatnya 60 hari berikutnya.
SINAR HARlAN Ahad 11 Januari 2009

It will be very helpful, if PR set up a web page for the seniors to do registration on line.
ReplyDelete