PJS 2 - Penduduk di sini menyambut baik langkah kerajaan negeri memperkenalkan Skim Mesra Warga Emas (MWE) kepada penduduk yang berumur 60 tahun ke atas bermula Oktober tahun lalu. Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata penduduk bersetuju dengan langkah kerajaan negeri itu yang disifatkan sebagai prihatin terhadap kebajikan dan kepentingan golongan warga emas di negeri ini.
Wa'adan Tairan, 59, ketika ditemui menyokong usaha kerajaan negeri malah menganggapnya sebagai satu rahmat kepada semua rakyat di negeri ini.
Menurutnya, dengan adanya skim tersebut, ia bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga individu yang mengikuti skim terbabit malah memberi harapan dan sinar baru kepada keluarga yang tidak berkemampuan.
"Dengan adanya skim ini, sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban keluarga, balu ataupun anak-anak si mati.
"Sumbangan yang diterima boleh digunakan untuk urusan pengebumian dan bakinya pula boleh dijadikan tabungan ataupun untuk pendidikan anak-anak," katanya.
Sementara itu, Anuar Ramlee,52, berkata, waris atau penerima skim berkenaan perlu menggunakan sumbangan tersebut dengan berhemah bagi mengelakkan pembaziran.
Menurut Anuar, sumbangan berkenaan perlu digunakan secara bijak kerana jumlahnya bukannya besar.
"Skim ini satu langkah yang baik daripada kerajaan negeri. Ini menunjukkan mereka prihatin terhadap kebajikan rakyat di negeri ini.
"Namun, saya nasihatkan kepada penerima ataupun waris individu yang menyertai skim ini supaya menggunakan sumbangan tersebut dengan betul," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) , Mahharul Ismail, mengajak warga PJ yang berusia 60 tahun ke atas supaya mendaftarkan nama di Pejabat AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pejabat Ahli Majlis masing-masing, bagi melayakkan waris mereka menerima skim berjumlah RM2 ,500 itu.
Maharul berkata, setiap waris si mati yang menyertai skim ini akan menerima RM 1,000 yang akan disampaikan melalui Pejabat ADUN manakala bakinya akan diuruskan oleh Pejabat Daerah dalam satu majlis yang diadakan kelak.
Menurutnya, bantuan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga si mati dalam hal-hal berkaitan pengebumian dan sebagainya.

SINAR HARIAN SABTU 24/01/09
No comments:
Post a Comment