Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Wednesday, March 4, 2009

SMUE terima banyak pendaftaran


KLANG – Sejak kemudah­an Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dihebah­kan pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru kepada penduduk sekitar kawasan ini, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Ini terbukti apabila pihak pejabat DUN itu menerima lebih 1,500 borang pendaftaran oleh warga emas sekitar Meru yang mahu menyertai skim itu sejak kemudah­an itu disediakan keraja­an negeri yang diumum­kan pada awam akhir tahun lalu.

Pembantu Khas ke­pada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mem, Suchipto Osman ber­kata, sejak beberapa bulan lalu banyak borang pen­daftaran diterima pihaknya melalui program yang diatur dan juga dari beberapa pihak lain.

"Ada juga di antara mereka datang terus ke pejabat DUN untuk mendaftar dan ada juga pendaftaran di­uruskan oleh ketua kampung masing-masing ter­masuk Kelab Penyokong Pas DUN Meru.

"Oleh kerana borang pendaftaran yang diterima terlalu banyak, ia memaksa kami meminta bantuan dari pihak Hal Ehwal Wanita Islam (Halwa) di bawah Dewan Muslimat Pas Kapar untuk memproses semua borang pendaftaran itu,"katanya.

Beliau berkata, pihak DUN Meru mahu semua bo­rang pendaftaran itu dapat diproses secepat mung­kin agar tiada yang tertangguh.

"Kita amat berterima kasih kepada pihak Halwa yang menghantar 15 sukarelawan ke pejabat DUN Ahad lalu untuk membantu kita melancarkan lagi proses pendaftaran skim itu.

"Antara tugas yang mereka lakukan termasuk me­ngemas kini data warga emas, memeriksa dokumen pengesahan, taraf pemastautin dan status permohon­an," katanya.

Suchipto berkata, dengan bantuan dari pihak Halwa, ia sudah tentu akan dapat meringankan be­ban dan mempercepatkan skim SMUE diproses oleh pejabat DUN Meru.

"Kita jangka lebih banyak borang pendaftaran akan kita terima dalam jangka masa yang terdekat ini dan kita akan cuba memproses borang sedia ada de­ngan segera supaya boleh fokus pada pendaftaran baru," katanya.

No comments:

Post a Comment