Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Friday, February 20, 2009

Bantuan pendidikan untuk anak Selangor

KUALA SELANGOR – Kerajaan negeri telah merangka pelbagai program bagi mengisi keperluan fizikal serta kemudahan pembelajaran berkualiti tinggi kepada anak-anak kelahiran Selangor.

Menteri Besar merangkap Pengerusi Pendidikan Industri Yayasan Selangor, Tan Sri Datuk Khalid Ibrahim berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Industri Selangor (Unisel) di Dewan Utama, Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai di sini kelmarin.

“Kerajaan Selangor telah berjaya menubuhkan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan ini dilakukan atas keprihatinan kami terhadap pendidikan anak-anak di Selangor.

“Sumbangan sebanyak RM100 diberikan kepada anak yang baru dilahirkan di negeri Selangor dan sehingga berusia 18 tahun mereka akan dilindungi insurans sebanyak RM1,500 untuk pembiayaan pembelajaran mereka,” katanya.

Selain itu ujar beliau, kerajaan negeri juga melancarkan skim hadiah anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti sebanyak RM1,000 dengan pendapatan keluarga kurang RM1,500 sebulan.

Bantuan ini kata Abdul Khalid merupakan usaha bagi membantu golongan berpendapatan rendah mengurangi beban kos pengajian tinggi anak-anak mereka.

“Bagi menampung keperluan sebahagian besar pelajar, kerajaan negeri juga berjaya membangunkan dewan kuliah dan asrama pada 2009.

“Kerajaan negeri juga ingin menyuntik peruntukan tambahan agar penyelidikan lebih giat dijalankan bagi membolehkan penemuan baru bersesuaian dengan keperluan industri,” katanya lagi.

Tambahnya, budaya bersaing secara telus dan bijaksana hendaklah diteruskan, bukan setakat berpuas hati di sekitar Batang Berjuntai sahaja.

Tegas Abdul Khalid, walaupun pendidikan tidak semestinya menjanjikan kejayaan tetapi rakyat perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mengambil peluang untuk memajukan diri ke peringkat yang memberangsangkan.

“Kerajaan Negeri Selangor kini sedang berusaha menerapkan konsep pendidikan yang mencakupi pembangunan kerohanian, psikologi, intelek, budaya dan emosi setiap individu.

“Sekiranya individu mempunyai keseimbangan elemen ini, mereka mampu bertindak berteraskan ketelusan dan keadilan untuk kebajikan rakyat,” katanya.

SINAR HARIAN Selasa 04/11/08

1 comment: