DENGKIL -Skim Mesra Warga Emas yang berkuat kuasa di Selangor sejak 1 Oktober 2008 lalu, adalah skim berbentuk bantuan sumbangan wang segera kepada waris atau penjaga warga emas yang meninggal dunia selepas 1 Oktober ini.
Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Mohd Hamidi Mohamed berkata melalui skim tersebut wang bantuan segera yang berjumlah RM1,000 akan diserahkan serta merta kepada waris atau penjaga warga emas yang meninggal dunia.
"Manakala baki berjumlah RM1,500 akan diserahkan dalam tempoh sebulan selepas tarikh meninggal dunia.
"Bantuan ini adalah inisiatif untuk meringankan beban waris dalam menguruskan jenazah," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat Dengkil.
Mohd Hamidi berkata, antara syarat-syarat untuk mendapatkan bantuan itu adalah ahli mestilah warga emas berumur 60 tahun ke atas, lahir dan sedang menetap di Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974, dan sedang menetap di Selangor atau telah bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.
"Pewaris yang ingin menuntut bantuan ini perlu menyertakan bersama salinan permit penguburan, sijil mati serta kad pengenalan penama semasa tuntutan dibuat.
"Bagaimanapun semua warga emas ini digalakkan untuk mengisi borang sebagai ahli warga emas bagi memudahkan pihak Jawatankuasa DUN mengenal pasti warga emas yang berada dalam DUN Dengkil,"
katanya.
Menurutnya, bantuan skim mesra warga emas ini juga akan diberikan kepada semua rakyat Selangor tidak mengira jantina, agama, kaum, kedudukan mahupun fahaman politik selagi menepati syarat-syarat ditetapkan.
Beliau berkata, baki wang bantuan tersebut akan disampaikan secara berkelompok kepada waris-waris (jika berlaku lebih dari satu kematian dalam satu masa yang dekat).
"Skim yang dilancarkan ini bertepatan dengan manifesto kerajaan negeri seperti yang dijanjikan pada kempen pilihan raya lalu," katanya. .
Bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut atau mendapatkan borang permohonan, boleh datang terus ke Pusat Khidmat Masyarakat yang terletak di No 10 Jalan Cyber Valley 1 A/1, Cyber Valley Commercial Center, 43800 Dengkil, Sepang.
SINAR HARlAN Sabtu 27 Disember 2008

No comments:
Post a Comment