Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Thursday, February 5, 2009

Majlis Penyerahan Bayaran SMUE

Ijok, 25 Jan – Seramai 21 orang waris kepada rakyat Selangor di kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok yang telah meninggal dunia telah menerima sumbangan di bawah Skim Mesra Warga Emas masing-masing berjumlah RM2,500.00.

Skim yang diperkenalkan mulai 1 Oktober 2008 telah disumbangkan kepada 1,050 keluarga bernilai RM2.5 juta. Skim ini bukan sahaja tertumpu kepada sumbangan khairat kematian tetapi Kerajaan Negeri berhasrat untuk meluaskannya meliputi bantuan kos perubatan warga emas dan pembelajaran waris. Bantuan khairat kematian melibatkan anak Selangor yang berusia 60 tahun ke atas dan bantuan disampaikan kepada waris dalam masa 24 jam selepas kematian dengan bantuan sekurang-kurangnya RM1,000.00 dan bakinya akan disampaikan kemudian.

Y.A.B Dato’ Menteri Besar dalam ucapannya berterima kasih kepada pihak media yang mula membuat liputan kepada Kerajaan Negeri secara telus dan terbuka dan berharap agar usaha-usaha Merakyatkan Ekonomi Selangor dapat disebarluaskan di kalangan rakyat. Beliau juga berharap agar program-program melibatkan kebajikan dan pembangunan wanita, belia dan pendidikan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri sentiasa mendapat sokongan semua. Y.A.B. sempat beramah mesra bersama keluarga penerima dan masyarakat Tionghua di Pekan Ijok sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina selepas majlis tersebut.



























No comments:

Post a Comment