JALAN BATU CAVES - Kerajaan Negeri Selangor diberikan kepercayaan penuh untuk menjana pendapatan lebih 200 peratus hasil mineral khususnya daripada pasir, menerusi kawasan yang ada di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, beliau percaya ‘format’ yang diguna pakai kerajaan negeri sekarang, berkesan untuk mencapai sasaran tersebut, di samping masalah banyak kecurian pasir oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dihadapi sebelum ini dapat dikurangkan.
“Kerajaan negeri sebelum ini hanya mampu memungut RM17 juta setahun, yang sepatutnya hasil daripada mineral ini boleh mencecah antara RM150 hingga RM200 juta, tetapi tidak dapat dicapai kerana masalah kecurian dan seumpamanya.
“Jadi, sejak kerajaan negeri gunakan pendekatan berkaitan bagi mengatasi masalah sebegini, kita telah mampu meraih hasil yang kini boleh dikongsi bersama rakyat seperti dalam program hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian dalam Kempen Pendaftaran Warga Emas, Ibu Tunggal dan Anak Selangor Yang Lahir Pada Tahun 2008, di Balai Penghulu Mukim Batu, kelmarin.
Menurut Amirudin, tiga program merakyatkan ekonomi yang turut dilancarkan pada hari tersebut ialah Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Mesra Warga Emas dan Program Ibu Tunggal.
“Tawas adalah satu program yang memerlukan anak-anak berkenaan mendaftar dengan RM10, yang kemudiannya kerajaan negeri akan masukkan wang RM100. Lepas 18 tahun, nilai saham menjadi RM1,500, barulah mereka boleh keluarkan duit tersebut.
“Manakala program warga emas 60 tahun ke atas sebelum ini telah pun berjalan dengan pemberian RM1,000 untuk kos perubatan. Jika meninggal dunia, kerajaan negeri beri RM1,000 dan selepas urusan surat kematian, kita beri RM1,500 lagi untuk waris si mati,” jelas Amirudin. Sementara itu, bantuan untuk ibu tunggal katanya akan diberikan mulai tahun hadapan dengan jumlah dan bentuk bantuan yang masih belum ditetapkan.
Amirudin berkata, program pada tempoh hari hanya sekadar pendaftaran, dengan jumlah senarai baru yang diperoleh pihaknya ialah kira-kira 300 orang.
“Kita mengalu-alukan mereka yang berkenaan yang masih belum mendaftar untuk datang ke pejabat atau boleh juga berhubung ketua kampung masing-masing yang menyimpan borang terbabit,” katanya.
Beliau berharap dengan usaha sebegini, keuntungan kerajaan negeri boleh dinikmati rakyat untuk mendapat faedah bersama.

SINAR HARIAN Rabu 12/11/08
No comments:
Post a Comment