Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Tuesday, February 24, 2009

RM1.6 iuta untuk Skim Mesra Usia Emas

Oleh: ARZIANA MOHMAD AZAMAN
JERAM – Sejumlah RM 1.6 juta diperuntukkan untuk Skim Mesra Usia Emas di negeri ini sejajar usaha Kerajaan Negeri untuk mem­bantu meringankan beban keluarga dalam menguruskan prosedur ke­matian.

Ketua Penolong Pegawai Daerah, Idzhar Rasidi berkata, peruntukan yang diberikan membuktikan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) amat mementingkan kebajikan rakyat dan pelbagai pendekatan diambil adalah untuk kepentingan rakyat.

Menurutnya, Pejabat Daerah Kuala Selangor kini menjalankan program yang sama di setiap DUN secara berperingkat bagi memudahkan penduduk selain bertujuan untuk mempromosikan skim ini kepada mereka.

"'Pimpinan di peringkat kampung clan taman juga perlu memberi kerjasama dalam membantu pihak kami mencari warga emas yang layak untuk Skim Mesra Usia Emas ini berikutan mereka lebih maklum dengan keadaan penduduk di kawasan masing-masing.

"Lebih RM50,000 diperuntukkan untuk 22 penama berdaftar dalam majlis ini dan diharapkan jumlah penduduk akan bertambah dari semasa ke semasa berikutan masih ada yang belum mengetahui kewujudan skim berkenaan," katanya yang hadir bagi mewakili Pegawai Daerah Kuala Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar pula berkata, majlis penyerahan manfaat Skim Mesra Usia Emas itu juga dilihat sebagai usaha untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ini tidak mengira bangsa, fahaman politik clan kedudukan sosial mereka dalam masyarakat.

Dr Shafie berkata, skim ini adalah tujuh pendekatan yang diambil Kerajaan Negeri dalam MES dan masyarakat disarankan supaya bijak manfaatkan RM2,500 yang diterima dan tidak boros.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Majlis Pembayaran Manfaat Peringkat Kedua Skim Mesra Usia Emas di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jeram di sini.

Hadir sama, ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman yang mewakili Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi clan Inovasi, Pegawai Khas ADUN Ijok, Mohd Zapri Miskon dan Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN Jeram, Hairi Darmo.

Dr Abdul Rani berkata, kerjasama semua pihak amat penting bagi membolehkan dasar yang di bawa pimpinan PR dapat dilaksanakan dan dinikmati semua rakyat tanpa mengira perbezaan kaum dan fahaman politik.

Katanya, pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan bahawa kebajikan rakyat terbela dan golongan memerlukan bantuan akan dibantu sebaik mungkin dengan pemimpin perlu memainkan peranan utama.

"Pemimpin yang dilantik rakyat perlu memastikan tanggungjawab diberikan dapat ditunaikan dan dari peringkat pengurusan DUN di setiap negeri perlu memastikan arahan yang diberikan terlaksana.

"Kemakmuran negara ini akan dapat dipertahankan dengan adanya keutuhan kerjasama semua peringkat masyarakat bermula dari akar umbi sehingga kepucuk pimpinan," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di sini.



SINAR HARIAN JUMAAT 20 Februari 2009

No comments:

Post a Comment