Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Monday, February 16, 2009

Kerajaan sentiasa berikan bantuan: Shuhaimi

SHAH ALAM - Atas keprihatinan tinggi terhadap kebajikan melibatkan semua lapisan masyarakat, kerajaan negeri sentiasa memberikan bantuan supaya mereka menikmati kehidupan selesa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, segala bantuan diberikan kepada masyarakat di Selangor bertujuan meringankan bebanan mereka dan memenuhi janji dalam manifesto sebelum pilihan raya lalu.

Menurutnya, bantuan diberikan seperti RM1,000 kepada anak tempatan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT), Tabung Warisan Anak Selangor (RM100) serta Mesra Usia Emas (RM2,500) adalah agenda kerajaan negeri dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Segala bantuan diberikan itu adalah keprihatinan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat di negeri ini. Program Mesra Usia Emas bertujuan memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM2,500 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan berdaftar secara rasmi, selepas disahkan meninggal dunia.

“Program ini terbuka kepada semua warga emas di negeri ini berumur 60 tahun ke atas, lahir di Selangor dan bermastautin di negeri ini sekurang-kurangnya 15 tahun,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Skim Mesra Usia Emas dan menyampaikan sumbangan itu kepada 10 penerima, dekat sini.

Menurutnya, dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian warga emas, ADUN atau wakilnya akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama didaftarkan.

“Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya dan tuntutan hendaklah dibuat oleh penama, seperti yang dinyatakan dalam Borang Mesra Usia Emas semasa pendaftaran dibuat,” katanya.

Shuhaimi berkata, program tersebut bermula sejak 1 Oktober lalu dan pemohon hendaklah mendapatkan borang tersebut di Pusat Khidmat DUN dan DUN Angkat di kawasan masing-masing.

“Kita dalam usaha untuk mewujudkan satu bentuk bantuan yang dapat membiayai kos rawatan warga emas dan berkemungkinan ia akan dilaksanakan pada tahun hadapan,” katanya.

Sinar Harian 07/01/09

No comments:

Post a Comment