Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Wednesday, February 11, 2009

Pemohon SMWE ragui ketelusan bantuan

Oleh: AMRULLAH ABDUL KARIM

RAWANG - Tindakan Pejabat Dewan Undangan. Negeri (DUN) Rawang yang didakwa melambat Iambatkan pengurusan dan pemberian bantuan Skim Mesra Warga Emas (SMWE) menimbulkan keraguan dan tanda tanya.

Pemohon bantuan yang merupakan anak salah seorang warga emas yang meninggal dunia, Anum Adnan, 43, ber­kata, beliau yang sepatutnya menerima bantuan itu setelah kematian ibunya Disember lalu hanya diminta menunggu sehingga ia dapat disalurkan, tetapi hingga ke ini, beliau masih belum mendapat sebarang jawapan.

"Saya tidak kisah sekiranya mereka (Pejabat DUN) menetapkan tarikh sebenar bila bantuan itu boleh diper­oleh. Bagaimanapun, apa yang menyedihkan dan mem­buatkan saya kecewa adalah tindakan dan jawapan mereka yang tidak tepat dan sering ber­canggah setiap kali saya ajukan pertanyaan bila boleh dapat bantuan itu.

"Jika mengikut ketetapan yang tertera pada borang bantuan tersebut, saya sebenar-­nya boleh menerima bantu­an itu 24 jam daripada tarikh pengesahan kematian arwah ibu saya," katanya ketika di­temui Sinar Harian di sini.

Dakwa Anum, bagaimana­pun, sehingga kini pihak ber­kenaan hanya memberi alas­an bantuan belum disalurkan daripada kerajaan negeri me­nyebabkan ia tidak dapat di­salurkan kepadanya.

Katanya, jawapan yang sering bercanggah membuat­kan beliau musykil dan ter­tanya-tanya bagaimana me­reka menguruskan kewangan bantuan SMWE yang ditetap­kan di bawah Skim Jaringan Keselamatan Sosial Warga Emas Selangor.

Menurutnya, bantuan itu sebelum ini dikendalikan se­penuhnya oleh Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Selayang, tetapi tanggungjawab peng­urusan itu kini diletakkan se­penubnya di bawah Pejabat DUN berkenaan.

Anum berkata, ketelus­an penyaluran bantuan itu di­ragui kerana dia mendakwa, pemah menyaksikan ia diberi­kan kepada individu lain se­hari selepas permohonannya diproses.

"Sedangkan individu ter­babit sama-sama memohon bantuan itu pada hari perta­ma saya mengemukakannya iaitu pada Disember lalu," dakwa Anum.

Tambah mengelirukan dia adalah apabila petugas yang dipertanggungjawabkan menguruskan pemprosesan bo­rang bantuan itu mengeluarkan kenyataan berbeza pada se­tiap kali dia bertanyakan per­kembangan status permohonan tersebut.

“Pada hari pertama­ lagi saya dipanggil untuk pergi ke Pejabat DUN, mereka sudah tidak menepati masa, te­tapi itu perkara kecil.”

"Apa yang mengecewa­kan saya apabila mereka mengatakan bantuan masih belum diterima daripada PTD, sedangkan awal-awal lagi mereka mengatakan pihak PTD tidak lagi menguruskan bantuan itu kerana semua­nya sudah diletakkan di ba­wah tanggungjawab Pejabat DUN," katanya.

Menurut Anum, pihak ber­kenaan pemah mengatakan te­lah menerima sejumlah wang daripada kerajaan negeri, teta­pi ia tidak mencukupi hingga menyebabkannya masih be­lum boleh menerimanya:

Dia berkata, sehingga kini dah hampir memasuki dua bu­lan menguruskan tuntutan itu beliau masih diberi alasan dan jawapan sama.

Menurut Anum, sekiranya dia tidak menerima bantuan ih­san daripada pihak pengurusan salah sebuah masjid di Rawang ketika hendak menguruskan jenazah dan pengebumian ar­wah ibunya Disember lalu, mungkin sehingga kini dia ma­sih tidak dapat mengebumikan ibunya.

Justeru, dia berharap ada pihak yang tampil memberi perhatian dan mengambil tindakan menyelesaikan per­kara berkenaan.
Sinar Harian Jumaat 23 Januarl2009.

No comments:

Post a Comment