Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Wednesday, February 11, 2009

Skim Tawas beri faedah kepada anak Selangor

SHAH ALAM - Anak-anak Selangor yang didaftar dan dilahirkan pada 2008 serta tahun-tahun seterusnya akan menerima Sijil Simpanan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) Ambank dan Kad Si Manja Tawas.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, melalui program itu, kerajaan negeri menghadiahkan pelaburan simpanan sebanyak RM100 bagi setiap pendaftaran yang berjaya.

Katanya, apabila anak-anak berusia 18 tahun, mereka berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil dari¬pada pelaburan melalui tabung itu.

Menurut beliau, dengan penyerahan ini bermakna tertunailah satu lagi janji kepada rakyat Selangor selain memberi peluang kepada anak Selangor berdaftar dan berhak mendapat hasil-hasil perlaburan kerajaan negeri.

"Kita berjanji akan mengagihkan caruman atau peruntukan kepada mereka pada umur 18 tahun. Peruntukan tersebut mula dikumpulkan melalui basil pelaburan kita dalam 'sumber-sumber perlombongan pasir negeri ini baru-barn ini.

"Selain itu, dari masa ke semasa, jika kita mendapat banyak keuntungan tidak perlu menunggu sehingga mereka berumur 18 tahun. Bolehjadi selepas 5 tahun kita boleh mengagihkannya dengan cara memberikan bonus kepada mereka," katanya selepas perasmian majlis berkenaan, semalam.

Sebagai simbolik penyerahan kad dan sijil tersebut, lima orang bayi dipilih bagi mewakili kaum Melayu, Cina, India, Singh dan Orang Asli.

Hadir sarna Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dan Pengerusi Kumpulan Ambank Berhad, Tan Sri Datuk Azman Hashim.

Menurut Abdul Khalid, Tawas merupakan salah satu agenda utama Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tahun lalu.

Seramai 200 orang bayi daripada 2,000 yang mendaftarkan hadir bersama ibu bapa bagi menerima Kad Si Manja Tawas serta Sijil Simpanan Tawas AmBank semalam.

Sinar Harian Ahad 08/02/09

No comments:

Post a Comment