Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Sunday, February 8, 2009

PR prihatin nasib warga emas

Oleh: AFFAIZUL MAJID


TAMAN SRI ANDALAS - ­Kerajaan negeri sentiasa meng­utamakan kebajikan kepada warga emas yang ada di ne­geri ini dan kewujudan Skim Mesra Warga Emas adalah salah satu bentuk keprihatin­an kerajaan terhadap golong­an tersebut.

Setiausaha Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sri Andalas, Syed Ahmad Putra Syed Isa berkata, warga emas berumur 60 tahun ke atas la­yak menikmati skim itu dan mereka dinasihati mendaftar nama di Pejabat ADUN bagi urusan dokumentasi.

Menurutnya, sejak di­lancarkan pada 1 Oktober lalu; seramai 30 waris warga emas di DUN Sri Andalas menerima skim berjumlah RM2,500 dari­ pada kerajaan negeri itu.

"Pemberian ini adalah bukti kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa mengutamakan kebajikan dan kepenting­an rakyat serta meletakkan agenda tersebut pada tahap tertinggi dalam pembangun­an negeri.

"Malah kerajaan juga akan memastikan tiada golongan yang dibiarkan atau diketepi­kan dalam usaha kemajuan se­sebuah kawasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri pemberian Skim Warga Emas DUN Sri Andalas kepada sembilan wa­ris dalam satu majlis di sini, kelmarin.

Turut hadir ialah isteri ADUN, Sheila Jayakumar ser­ta kakitangan Pejabat ADUN di sini.

Menurutnya, setiap wa­ris si mati akan menerima RM1,000 daripada Pejabat ADUN dan bakinya akan di­uruskan oleh Pejabat Daerah dalam satu program pemberian yang akan diadakan kelak.

"Bantuan yang diberikan sekurang-kurangnya dapat me­ringankan beban keluarga si mati dalam menguruskan serta selepas pengebumian dan pada masa yang sama mengurangkan tanggungan terutama bagi yang berpendapatan rendah.

"Pemberian ini juga salah satu lagi usaha kerajaan negeri yang sentiasa mengambil be­rat dalam hal-hal kepentingan rakyat khususnya yang mem­babitkan kebajikan termasuk­lah tempat tinggal, keperluan pakaian dan makanan serta ke­selesaan dalam menjalani ke­hidupan seharian di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau berkata, bagi se­tiap waris perlu membawa be­berapa dokumen penting se­belum menerima skim tersebut bagi mengelakkan kekeliruan berhubung pemberian oleh ke­rajaan negeri itu.

"Antaranya sijil kemati­an, permit pengebumian serta pengesahan pendaftaran war­ga emas di DUN Sri Andalas yang disahkan oleh kakitangan Pejabat ADUN," katanya.

SINAR HARlAN Ahad 11 Januari 2009

No comments:

Post a Comment