Oleh: RAJA NORAINA RAJA AB RAHIM
AMPANG - Sebanyak RM26,OOO diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada warga emas dan waris kematian dalam Program Warga Usia Emas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz berkata, peruntukan tersebut disediakan kepada warga emas dan waris si mati dan mereka yang layak memohon diminta untuk tampil memberikan kerjasama dan menerima bantuan yang telah disediakan kepada mereka.
Menurutnya, bantuan wang tunai akan diberikan kepada waris kematian dan warga emas yang tinggal di Lembah Jaya dan juga sekitar Selangor.
"Mereka yang tinggal di Selangor melebihi 15 tahun juga berkelayakan untuk mendaftar di dalam Program Warga Usia Emas ini. Selain itu, waris-waris bagi warga emas juga layak mendaftar dan memohon bantuan tersebut," katanya.
"Ramai yang tidak mengetahui adanya Program Warga Usia Emas ini. Program ini juga dibuka kepada semua masyarakat yang tinggal di Selangor tanpa mengira kaum dan agama mereka," katanya ketika Program Bantuan Balik Ke Sekolah di Dewan Orang Ramai Kampoog Tasik Permai, baru-baru ini.
Beliau berkata, program sebegini diwujudkan atas inisiatif kerajaan negeri bagi membantu warga emas yang masih hidup dan ahli keluarganya atas jasa serta tenaga yang dihulurkan kepada negeri Selangor sepanjang menetap di sini.
Malah, kerajaan negeri juga sentiasa prihatin dan peka kepada masyarakat Selangor di atas kerjasama yang diberikan kepada kerajaan negeri sepanjang pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau berharap masyarakat mengambil peluang yang telah disedikan ini demi membantu memajukan negeri dan menjamin kesejahteraan masyarakat.
SINAR HARlAN Khamis 08 Januari 2009

No comments:
Post a Comment