Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Friday, February 6, 2009

Skim bantuan perlu dihebahkan

Oleh: AZIMAH GHAZALI

BANDAR BARU SELAYANG­ - Jawatankuasa Penduduk (JKP) yang terletak di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) disarankan menganjur­kan program penerangan me­ngenai bantuan-bantuan yang disampaikan kerajaan nege­ri untuk penduduk pada masa sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Dewan Undangan Negeri (JPD) Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Taman Templer, Mohd Kassim Packiry berkata, saranan untuk mengadakan program berkena­an perlu dibuat bagi menafikan dakwaan bahawa peruntukan sumbangan atau insentif ber­kaitan yang dijanjikan Pakatan Rakyat (PR) Selangor hanyalah omongan kosong.

"Mungkin ada yang kata kerajaan negeri bohong apa­bila mereka tidak mendapat sumbangan yang diberikan, lebih-Iebih lagi apabila diapi-­apikan pihak tertentu. Padahal, sesetengah kita ada yang tidak faham mengenai banyak ben­tuk bantuan yang telah disedia­kankan kerajaan negeri atau tidak mengetahui prosedur yang se­patutnya untuk mendapatkan bantuan.

"Bagaimanapun, kita ber­harap dengan adanya program penerangan ini, orang ramai dapat diberikan penjelasan ber­hubung bantuan-bantuan yang disalurkan kerajaan negeri, se­lain boleh terus bertanyakan se­barang kemusykilan. Kita juga ingin menekankan bahawa se­mua borang adalah percuma, tanpa ada sebarang bayaran," katanya.

Beliau berkata demikian pada 'Majlis penerangan dan peruntukan yang telah disedia­kan Kerajaan Negeri Selangor' anjuran PKM DUN Taman Templer di Dewan Surau Ar­-Raudah, Dahlia B di sini, kelmarin.

Turut hadir pada program tersebut Ahli Majlis MPS, Zon 4, A Murugeshu dan Yang Dipertua Pas Kawasan Selayang yang juga Penyelaras PKM DUN Taman Templer, Mohamad Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Kassim tidak menafIkan terdapat pel­bagai bentuk bantuan yang disediakan kerajaan negeri se­belum ini khususnya melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyalurkan bantuan ber­kenaan.

Namun katanya, pihak­nya mendapati ramai tidak tahu adanya bantuan yang di­sediakan berikutan usaha me­nguar-uarkan bantuan berkena­an tidak disebarkan, malah 'diperap' atau 'disembunyi­kan' pihak terbabit dengan niat tertentu.

Sementara itu, Pengerusi JKP Persiaran Taman Templer, Mohd Nazir Kahar, 33, ketika mengulas program di akhir majlis berkata, penerangan yang diberikan telah mem­buka mata sesetengah pen­duduk yang sebelum ini terta­nya-tanya akan kebenaran dan janji kerajaan negeri.

Terdahulu, PKM DUN Taman Templer telah meng­adakan beberapa penerangan mengenai jenis bantuan, selain pelbagai aktiviti telah dijalan­kan dalam usaha membantu rakyat dalam hal-hal kebajik­an dan masalah penduduk yang berkaitan. .

Antaranya mengenai sumbangan warga emas, ibu tunggal, pendidikan, anak yatim, dan pelajar cemelang. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bentuk bantuan yang disediakan penduduk boleh datang ke PKM DUN Taman Templer, beralamat di Nombor 71 A, Jalan 2/16, Bandar Baru Selayang, atau menghubungi talian 03-6120 5724.

SINAR HARlAN Selasa 06 Januari 2009

No comments:

Post a Comment