Oleh: NUR FARHANA ABDUL MANAN
SERI KEMBANGAN - Warga emas sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan kini sudah boleh mula mendaftar di bawah Tabung Mesra Usia Emas dalam beberapa program yang diadakan sehingga 2 November nanti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, program berkenaan akan dikelolakan Pusat Komuniti Rakyat Serdang dan pendaftaran diadakan bermula Sabtu lalu di tujuh kawasan berlainan.
Katanya, kawasan itu termasuklah yang sudah diadakan di Dewan Serba Guna Seri Kembangan dan Balai Masyarakat Taman Muhibbah hujung minggu lalu.
"Bagi lima kawasan lain yang diadakan program pendaftaran itu adalah di Balai Raya SB 2, Taman Sungai Besi Indah pada Jumaat lalu, Kompleks 3K, Serdang Raya, (Sabtu) dan Taman Universiti Indah (Ahadnya).
"Selain itu pada 1 dan 2 November nanti program akan diadakan masing-masing di Restoran Kopitiam Serdang, Jalan Desa Serdang 2 dan Tokong Cina, Pangsapuri Anggerik, Serdang Lama bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari," jelasnya
Menurut Yong, hanya warga emas yang tinggal di DUN Seri Kembangan sahaja yang boleh mendaftar di bawah program Pusat Komuniti Serdang, manakala lain-lain boleh mendaftar di pusat khidmat DUN mereka tinggal.
Katanya, jika ada antara penduduk sudah tinggal melebihi 15 tahun di Selangor tetapi masih belum menukar alamat di kad pengenalan, mereka disarankan membuat penukaran alamat terlebih dahulu.
"Pemohon perIu hadir membawa salinan kad pengenalan, maklumat seperti pekerjaan dan nombor telefon, nama penjaga pemohon serta wasiat yang dipersetujui untuk menerima manfaat selepas mereka meninggal dunia.
"Tabung Mesra Usia Emas" ini dibuka kepada warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas, lahir atau menetap di Selangor, lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) sebelum 1 Februari 1974 dan menetap di Selangor atau bermastautin di KL sekurang-kurangnya 15 tahun.

"Berkuat kuasa 1 Oktober lalu, tabung ini menggantikan Tabung Jasamu yang memberi khairat kematian sebanyak RM2,000 sebelum ini dan ia tidak lagi disalurkan melalui pejabat daerah, tetapi melalui pejabat ADUN," katanya.
Jelas Yong lagi, tabung berkenaan adalah usaha kerajaan negeri untuk meringankan beban waris warga emas mengenai kos perubatan dan pengebumian mereka.
"Mana-mana keluarga warga emas yang layak syarat akan menerima wang sebanyak RM2,500 secara berperingkat sekiranya meninggal dunia selepas 30 September lalu.
"Pemohon perlu mengemukakan permohonan bersama salinan sijil kematian dan permit pengebumian dan sebarang pertanyaan mengenai perkara itu boleh menghubungi Pusat Komuniti Serdang di talian 03-89426381.
SINAR HARIAN Ahad 26 Oktober 2008

No comments:
Post a Comment