Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Tuesday, February 3, 2009

Pendaftaran 'Mesra Usia Emas' bermula

MERU - Pejabat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru melancarkan pendaftaran Program Mesra Usia Emas yang merupakan salah satu produk kebajikan Kerajaan Selangor kepada semua warga emas yang tinggal di negeri ini.

Program Mesra Usia Emas merupakan satu skim khairat kematian atau bentuk perlindungan bemilai RM2,500 kepada warga emas yang ber­usia 60 tahun ke atas yang telah mendaftar se­cara rasmi selepas mereka disahkan meninggal dunia.

Program ini terbuka kepada semua warga emas di negeri ini yang telah berumur 60 tahun ke atas dan lahir di negeri Selangor ataupun la­hir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur se­belum 1 Februari 1974. Bagi warga emas yang telah bermastautin di Selangor melebihi 15 tahun juga dikira layak untuk mendaftar di bawah program ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, di bawah skim tersebut warga emas yang telah mendaftar dan sekiranya mereka meninggal dunia, waris mereka akan dibayar sebanyak RM1,000 semasa hari kematian dan selebihnya dibayar dalam masa dua bulan sebaik sahaja lain-lain dokumen seperti salinan Sijil Kematian lengkap diterima.

"Program Mesra Usia Emas ini adalah sa­lah satu cara untuk membuktikan keprihatinan yang tinggi kerajaan negeri terhadap rakyatnya khususnya golongan warga emas yang telah ba­nyak memberi sumbangan kepada pembangun­an ekonomi dan sosial negara.

"Mereka hanya perIu mengisi borang yang mengandungi tiga salinan bercetak dan kod ber­komputer dan borang-borang tersebut akan di­edarkan kepada semua warga emas yang ada di sekitar Meru melalui ketua kampung di kawa­san masing-masing," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, semua warga emas yang la­yak atau warisnya boleh mengambil sendiri bo­rang berkenaan di pejabat-pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berdekatan atau terns ke Pejabat Khidmat Rakyat DUN Meru dan membuat pendaftaran.

"Kita berharap semua warga emas di kawa­san ini dapat merebut peluang ini kerana ia mam­pu meringankan beban kehidupan keluarga me­reka pada kehidupan yang mendatang sekiranya mereka meninggal dunia," jelasnya.

Sinar Harian juga dimaklumkan satu kad pendaftaran akan diberi kepada warga emas ter­sebut setelah setiap permohonan yang diterima siap diproses.

SINAR HARIAN Ahad 26/10/08

No comments:

Post a Comment