Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Monday, February 9, 2009

Warga emas disaran sertai SMWE

Oleh: Afdah Mujap
TAMAN DATUK HARON ­- Langkah kerajaan negeri me­wujudkan Skim Mesra Warga Emas (SMWE) untuk semua warga emas berusia 60 tahun ke atas membuktikan golong­an tersebut tidak dipinggir­kan.

Ahli Majlis Bandaraya Petaling lara (MBPJ), Mahharul Ismail berkata, skim yang dilancarkan pada 1 Oktober tahun lalu, adalah bukti keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sen­tiasa mengutamakan kebajikan dan kepentingan golongan war­ga emas di negeri ini.

Justeru, beliau menggesa penduduk di Petaling Jaya, khususnya warga Taman Datuk Harun yang berusia 60 tahun ke atas supaya mendaftarkan nama mereka di Pejabat AhliDewan Undangan Negeri (ADUN) dan pejabat ahli majlis bagi me­layakkan mereka menerima skim berjumlah RM2,500..
"Warga emas yang ber­usia 60 tahun ke atas secara automatiknya layak untuk me­nerima skim ini, tetapi dengan syarat mereka perlulah men­daftarkan nama masing-masing di pejabat ADUN atau pun di Pejabat Ahli majlis.

"Jadi, saya menggesa golongan warga emas tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik supaya me­nyertai skim ini kerana ia ba­kal memberikan manfaat ke­pada keluarga ataupun waris "individu yang menyertainya," katanya.

Mahharul berkata, se­tiap waris si mati yang me­nyertai skim ini akan me­nerima RM1,000 yang akan disampaikan melalui Pejabat ADUN manakala bakinya akan diuruskan Pejabat Daerah da­lam satu majlis yang akan di­adakan kelak.

Menurutnya, bantuan ter­sebut sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ke­luarga si mati dalam hal-hal berkaitan pengebumian dan sebagainya.

"Dengan adanya skim ini, ia diharap dapat membantu meringankan beban keluarga si mati terutamanya keluarga yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan.

"Skim ini merupakan satu usaha kebajikan kerajaan ne­geri bertujuan membantu me­ringankan beban rakyat dalam menjalani kehidupan sehari­an," katanya.

Beliau turut berkata, se­tiap waris yang ingin me­nuntut skim berkenaan supa­ya mengemukakan beberapa dokumen penting seperti sijil kematian bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dan pe­nyelewengan.

"Kepada setiap waris yang ingin menuntut skim tersebut, mereka perlulah membawa be­berapa dokumen penting yang berkaitan supaya sumbang­an dapat diserahkan dan bagi mengelakkan kekeliruan. Dalam pada itu, Mahharul menjelaskan untuk tahun ini, pihaknya akan menganjurkan pelbagai bentuk program dan aktiviti berbentuk belia di se­luruh kawasan Taman Dato Haron khususnya di kawasan perkhidmatannya iaitu di Zon 18.

Menurut beliau, antara pro­gram yang akan dilaksanakan pihaknya ialah program usahawan muda khusus kepada golongan remaja dan belia.

"Program seperti ini amat sesuai dan penting bagi mengelakkan golongan remaja dan belia terjerumus dalam kegiat­an yang tidak berfaedah dan jika program ini berjaya kami akan menjadikannya sebagai program tahunan," katanya.


Sinar Harian Isnin 19 Januari 2009

No comments:

Post a Comment