Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Monday, February 9, 2009

SMUE mula disampaikan kepada wakil keluarga

MERU - Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan tabun lalu di negeri ini mendapat sambutan baik dari kebanyakan golongan tersebut, termasuk mereka yang tinggal sekitar kawasan Meru.

Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru mula menyampaikan pengagihan skim tersebut ke­pada penerima berkelayakan iaitu waris ke­pada warga emas berdaftar yang meninggal dunia.

Pegawai khas di pusat itu, Suchipto Osman berkata, penyerahan wang sumbang­an tersebut dilakukan secara dua peringkat, iaitu RM1,000 akan diserahkan sebaik sahaja warga emas itu meninggaI dunia dan selebih­nya dalam masa dua bulan kemudian.

Menurutnya, orang ramai datang ke pe­jabat akan diberi penerangan dan maklumat lengkap oleh petugas di situ sekiranya me­reka mempunyai sebarang kemusykilan me­ngenai skim itu atau mahu membuat pen­daftaran.

"Skim Mesra Usia Emas ini mampu memberi manfaat kepada rakyat, terutama­nya untuk meringankan beban waris kepada warga emas bagi urusan pengebumian dan menguruskan kehidupan mereka pada masa akan datang.

"Kita amat mengalu-aIukan semua war­ga emas yang ada di kawasan ini untuk men­daftar di bawah skim ini. Proses pendaftar­an boleh dijalankan di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN di pejabat ketua kampung masing-masing," katanya.

Katanya, SMUE terbuka kepada semua warga emas di negeri ini yang berumur 60 tahun ke atas dan lahir di Selangor ataupun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974, selain bermastautin di negeri ini melebihi 15 tahun.

"Kita berharap semua warga emas akan dapat merebut peluang ini kerana ia mampu meringankan beban kehidupan keluarga me­reka pada masa depan, sekiranya mereka me­ninggaI dunia," kata Suchipto.

SINAR HARlAN Khamis 08 Januari 2009

No comments:

Post a Comment