Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Monday, March 2, 2009

Masih ramai warga emas belum daftar skim

MERU - Jumlah warga emas yang mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (MUE) masih rendah apabila tidak sampai 30 peratus daripada 240,000 orang golongan itu di negeri ini mendaftarkan diri untuk menyertai skim itu.

Jumlah 240,000 warga emas itu diperoleh berdasarkan senarai Daftar Pemilih Negeri Selangor dan dijangka jumlah sebenar warga emas me­lebihinya kerana dipercayai masih ramai tidak ber­daftar sebagai pengundi.

Wakil Rantaian Mesra Sdn Bhd, Arbain Abdul Rahman berkata, daripada jumlah lebih 350 ribu keping borang pendaftaran MUE yang diedarkan seluruh Selangor sejak skim itu diperkenalkan lima bulan lalu, kurang 60,000 borang pendaftaran lengkap diterima semula.

Rantaian Mesra Sdn Bhd adalah syarikat di­lantik kerajaan negeri untuk melaksanakan program itu dengan kerjasama setiap Pejabat Daerah.

Menurut Arbain jumlah itu jauh masih daripada sasaran kerajaan negeri yang mahu semua warga emas yang menetap di negeri ini mendaftar di ba­wah skim itu untuk mem­bolehkan menikmati kemudahan di­sediakan kerajaan negeri di bawah agenda Me­rakyatkanEkonomi Selangor (MES).

"Kita minta kerjasama semua pihak terutamanya daripada semua wakil rakyat untuk menyebarkan tentang kewujudan skim ini kerana kita percaya masih ramai tidak tahu mengenai nya dan memperbanyakkan program pendaftaran.

"Kepada warga emas yang mendaftar atau waris mereka, kita minta anda bantu kerajaan negeri dengan menyebarkan tentang kewujudan skim ini kepada rakan atau saudara mara agar mereka turut mendaftar," katanya.

Baliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Penyampaian Bayaran Manfaat Peringkat Kedua MUE di Dewan Orang Ramai Meru di sini.

Kerajaan negeri memper­untukkan RM102,000 ke­pada 68 waris warga emas yang meninggal dunia daripada empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kapar iaitu Sementa, Sungai Pinang, Selat Klang dan Meru untuk bayaran pe­ringkat kedua itu dengan setiap waris menerima RM1,500.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman dan pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin.




SINAR HARIAN Isnin 02/03/2009

No comments:

Post a Comment