Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Thursday, February 12, 2009

Pemohon skim MUE diminta bersabar

RAWANG - Pemohon yang be­lum menerima wang ehsan da­ripada Skim Mesra Warga Emas (MUE), diharap dapat bersabar untuk mendapatkan sumbangan tersebut berikutan masalah ke­lewatan penyaluran oleh pihak berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei berkata, beliau me­nyedari mengenai masalah ke­lewatan penerimaan wang bagi skim MUE itu memandangkan wang terbabit tidak disalurkan secara terus ke dalam akaun pejabat-pe­jabat ADUN, tetapi melalui pejabat tanah dan daerah berkenaan.

Menurut Pei Nei, disebabkan prosedur itu, wang itu tidak dapat disalurkan ke dalam akaun pejabat-pejabat ADUN termasuk pihaknya te­pat pada masanya.

"Di kawasan DUN Rawang, kami masih ada 22 kes yang belum menerima wang se­banyak RM1,000 itu akibat daripada proses berkenaan yang lambat. Malah pejabat kami pemah menunggu selama dua minggu dari­pada Pejabat Tanah dan Daerah Gombak un­tuk menyalurkan wang berkenaan ke dalam akaun pejabat..

"Saya amat faham perasaan orang ramai yang masih belum mendapat wang ehsan ini. Sehubungan itu pihak karni masih giat meng­hubungi pejabat tanah dan daerah supaya ia­nya dapat disegerakan dan diserahkan kepada pemohon, selagi kami belum menerima wang tersebut, pegawai saya akan terus membuat tindakan susulan dengan menghubungi me­reka," katanya

Beliau berkata demikian susulan aduan orang ramai yang diterima pihaknya kerana tidak berpuas hati berikutan wang skim MUE yang didakwa lambat diterima mereka.

Pei Nei berkata, pegawainya terpaksa menggunakan wang simpanan peribadi bagi penyelesaian masalah itu untuk jangka pen­dek dan meringankan bebanan pemohon yang terbabit.

"Walaupun demikian, kita tetap meng­hadapi masalah, kerana simpanan yang ada adalah amat terhad.

"Apa pun, pihak pejabat ADUN Rawang masih giat mengendalikan skim MUE sejak skim tersebut dilancarkan Oktober tahun lalu. Bagi memastikan skim ini bejalan dengan lan­car, dua sukarelawan turut diberikan tugas un­tuk mengendalikan MUE," katanya.

Beliau berkata, pada (masa) yang sama pihak­nya telah mengambil inisiatif mendaftarkan mereka yang layak dengan membuka kaun­ter pendaftaran di restoran-restoran dan me­lalui bantuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Rawang.

"Usaha-usaha ini membuktikan ketelusan kerajaan negeri Selangor dalam melaksanakan polisi Merakyatkan Ekonomi Setangor untuk masyarakat," katanya

SINAR HARlAN Sabtu 24 Januari 2009

No comments:

Post a Comment