Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Friday, February 27, 2009

Warga emas perlu segera daftar SMUE sebagai persediaan

Oleh: ERNEDA PASOLA

SABAK BERNAM - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar me­nyerahkan sejumlah wang sebanyak RM73,000 kepada 73 waris menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilancarkan Pakatan Rakyat Selangor berkuat kuasa 1 Oktober tahun lalu.

Menurut Pengarah Ope­rasi PKM DUN SAT, Zamri Yahya, baki RM1,500 lagi akan diberikan secara ber­peringkat dan untuk pe­ringkat pertama seramai 15 waris menerima bakinya.

Katanya, SMUE bertu­juan memberi manfaat da­lam bentuk perlindungan bemilai RM2,500 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia.

“SMUE adalah anta­ra program yang di­laksanakan dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan ini membuktikan ke­rajaan negeri prihatin ter­hadap rakyatnya terutama­nya warga emas yang banyak memberikan khid­mat dan jasa mereka.

“Di dalam DUN Sungai Air Tawar ini masih ter­dapat 2,000 lagi warga emas yang masih belum mendaftar manakala yang mendaftar hanya 1/3 dari­pada jumlah sebenar yang dianggarkan:” katanya.

Zamri turut memohon kepada waris warga emas yang masih belum men­daftar, mengingatkan ahli keluarga yang berusia 60 ta­hun ke atas supaya mendaftar kerana ia memberi­kan manfaat kepada waris warga emas itu untuk me­ngadakan tahlil, membayar fidyah selepas mereka me­ninggal dunia.

“Apa yang diperlukan un­tuk proses pendaftaran hanyalah salinan kad pe­ngena1an warga emas, waris dan penjaga sekiranya di­jaga orang lain dan pendaftaran boleh dibuat kepada Pengerusi Jawatan­kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sahaja.

Kita tidak dapat me­nerima sebarang pendafta­ran SMUE dan pendaftaran mestilah terus kepada JKKK kerana urusan tersebut te­lah diserahkan sepenuhnya kepada mereka, katanya.

Sinar Harian difaham­kan, ada sesetengah pihak yang mempunyai sentimen kepartian yang terlalu kuat sehingga bertindak negatif sedangkan SMUE adalah program yang diberikan ke­pada semua warga emas tanpa mengira parti politik dan bangsa asalkan me­menuhi syaratnya.

“Ada yang sanggup me­renyukkan dan mengoyakkan borang SMUE ini di hadapan JKKK kerana ber­anggapan negatif dan akhir­nya apabila berlaku kema­tian waris si mati datang menuntut wang berkenaan dan perkara seperti ini sudah tentunya menimbulkan masalah,” katanya.

Beliau berharap, ke­pimpinan masyarakt se­perti nazir masjid, pengerusi surau, JKKK sendiri memberikan penjelasan kepada warga emas mengenai per­kara ini supaya program SMUE yang disediakan ke­rajaan negeri ini dapat memberikan manfaat ke­pada rakyat.

Zamri turut menasihati waris si mati supaya meng­gunakan wang yang diperolehi daripada SMUE itu un­tuk kebajikan dan manfaat kepada si mati serta tidak sesekali menyalahgunakan wang berkenaan.

SINAR HARIAN Isnin 23/02/09

No comments:

Post a Comment