SUNGAI UDANG - Seramai 30 waris warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Setat Klang sudah pun menerima bantuan di bawah Skim Mesra Warga Emas sejak Oktober tabun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, skim berkenaan yang diberikan kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia membuktikan keprihatinan kerajaan negeri membantu mengurangkan beban rakyat di negeri ini.
"Pemberian ini adalah bukti kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat serta meletakkan agenda tersebut pada tahap tertinggi dalam pembangunan negeri.
"Malah kerajaan juga akan memastikan tiada golongan yang dibiarkan atau diketepikan dalam usaha kemajuan sesebuah kawasan," katanya ketika menghadiri pemberian Skim Warga Emas DUN Selat Klang kepada waris Allahyarhamah Sariah Saidi, 90, yang meninggal dunia baru-baru ini.
Dr Halimah berkata, mana-mana warga emas yang berumur 60 tahun ke atas layak menerima skim tersebut sebanyak RM2,500 dan mereka boleh mendaftar ke Pejabat ADUN bagi urusan berkenaan.
Menurutnya, di bawah skim itu, setiap waris si mati akan menerima RM1,000 daripada Pejabat ADUN dan bakinya akan diuruskan oleh Pejabat Daerah dalam satu program pemberian yang akan diadakan kelak.
"Bantuan yang diberikan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga si mati dalam menguruskan pengebumian dan pada masa yang sama, mengurangkan tanggungan terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.
"Pemberian ini juga salah satu lagi usaha kerajaan negeri yang sentiasa mengambil berat dalam hal-hal kepentingan rakyat, khususnya yang membabitkan kebajikan. Ini termasuklah tempat tinggal, keperluan pakaian dan makanan serta keselesaan dalam menjalani kehidupan seharian di kawasan masing-masing," katanya.
Sementara itu, waris, Abd Razak Akim, 53, berkata, dia berasa terharu dengan keprihatinan pihak kerajaan serta ADUN dengan pemberian tersebut kepada mereka sekeluarga.
Menurutnya, dengan skim yang diterima, ia dapat meringankan beban keluarga si mati, terutama mereka yang berpendapatan rendah khususnya di kawasan ini.
"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menguruskan pemberian ini. Saya juga berharap ia dapat diteruskan pada masa yang akan datang," katanya
SINAR HARIAN RABU 04/02/09
No comments:
Post a Comment