Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Wednesday, February 4, 2009

Warga emas diseru daftar program mesra

MERU - Warga emas sekitar daerah ini diminta mengambil kesempatan mendaftarkan diri di bawah Program Mesra Usia Emas agar keluarga/atau waris mereka boleh me­nerima bantuan khairat kematian berjumlah RM2,500 apa­bila mereka meninggal dunia kelak.

Borang kini giat diedarkan kepada semua warga emas yang berkelayakan taripa mengira kaum dan agama melalui pejabat khidmat rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN), pe­jabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua kampung.

Program ini terbuka kepada semua warga emas yang la­hir di Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur se­belum 1 F ebruari 1974 atau bermastautin di negeri ini me­lebihi 15 tahun serta berumur 60 tahun ke atas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, program diwujudkan untnk menghargai jasa warga emas yang sudah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan negara selama ini.

"Kita hargai mereka dalam apa juga cara dari usia muda hinggalah ke hari ini. Borang akan diberi secara percuma dan tiada yuran pendaftaran dikenakan. Oleh itu kita galakkan se­mua warga emas di daerah ini niengambil kesempatan kepada kemudahan disediakan kerajaan negeri," katanya.

Menurutnya, Pejabat Khidmat Rakyat DUN Meru juga melancarkan pendaftaran Program Mesra Usia Emas baru-baru ini dan semua warga emas yang layak boleh mendapat­kan borang pendaftaran di pejabat tersebut..

"Di bawah skim ini sekiranya warga emas yang men­daftar meninggal dunia, waris akan menerima sumbang­an RM1,000 semasa hari kematian untuk meringankan per­belanjaanbagi urusan pengebumian dan selebihnya dibayar dalam masa 2 bulan berikutnya.."

"Setiap pendaftaran lengkap dan siap diproses, warga emas tersebut akan diberi kad pendaftaran sebagai bukti ba­hawa waris mereka akan diberi bantuan khairat kematian di bawah skim tersebut sekiranya mereka meninggal dunia," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas.

Beliau mengesyorkan semua warga emas di daerah ini supaya segera membuat pendaftaran dan menghantar borang lengkap kepada pihak JKKK, ketua kampung atau ke pejabat DUN berhampiran untuk mendapatkan faedah

Sinar Harian Khamis 04/12/09.

No comments:

Post a Comment