Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Wednesday, February 4, 2009

Skim Mesra Warga Emas bukti keprihatinan

Oleh: AFFAIZUL MAJID

SUNGAI UDANG - Kerajaan negeri sentiasa menguta­makan kebajikan kepada war­ga emas di Selangor dan ke­wujudan Skim Mesra Warga Emas adalah salah satu ben­tuk keprihatinan mereka, ter­hadap golongan berkenaan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, di ba­wah skim itu, mana-mana war­ga emas yang berumur 60 ta­hun ke atas layak menerimanya dan mereka boleh mendaftar di pejabatnya bagi urusan ter­babit.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor ber­kata, sejak ia dilancarkan pada 1 Oktober lalu, seramai 20 wa­ris warga ema di kawasannya telah menerima skim berjum­lah RM2,500 daripada keraja­an negeri itu.

"Pemberian ini adalah buk­ti kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa mengutamakan ke­bajikan dan kepentingan rak­yat serta meletakkan agenda tersebut pada tahap tertinggi dalam pembangunan negeri.

"Kerajaan negeri juga akan memastikan tiada golongan yang dibiarkan atau diketepi­kan dalam usaha kemajuan se­sebuah kawasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pem­berian Skim Mesra Warga Emas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang kepada tiga di sini.

Menurut Dr Halimah, se­tiap waris si mati akan me­nerima RM1,000 daripada Pejabat ADUN dan bakinya akan diuruskan oleh Pejabat Daerah dalam satu program pemberian yang akan diada­kan kelak.

"Bantuan yang diberikan sekurang-kurangnya dapat me­ringankan beban keluarga si mati dalam menguruskan serta selepas pengebumian dan pada masa yang sama mengurang­kan tanggungan terutama bagi yang berpendapatan rendah.

"Pemberian ini juga salah satu lagi usaha kerajaan negeri yang sentiasa mengambil be­rat dalam hal-hal kepentingan rakyat khususnya yang mem­babitkan kebajikan termasuk­lah tempat tinggal, keperluan pakaian dan makanan serta ke­selesaan dalam menjalani ke­hidupan seharlan di kawasan masing-masing," katanya.

Seorang penerima skim, Vera Arzemal, 37, ketika di­temui berkata, dia berasa ter­haru dengan keprihatinan pi­hak kerajaan serta ADUN dengan pemberian tersebut kepadanya sekeluarga.

Katanya, dengan skim yang diterima, ia dapat me­ringankan beban keluarga si mati terutama mereka yang berpendapatan rendah khusus­nya di kawasan ini.

"Saya ingin merakam­kan penghargaan kepada se­mua pihak yang terlibat da­lam menguruskan pemberian ini dan berharap ia dapat di­teruskan pada masa akan da­tang," katanya.

SINAR HARIAN Ahad 22 Disember 2008

No comments:

Post a Comment