HULU BERNAM - Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang memasuki bulan kelima pelaksanaannya membantu ramai golongan terutamanya di daerah ini.
Skim tersebut antara bantuan dan faedah yang diberikan kepada warga emas bagi menghargai jasa serta pengorbanan golongan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, skim berupa khairat kematian atau bentuk perlindungan itu memberi manfaat sepenulmya kepada waris kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
"Mereka layak menerima bantuan ini 24 jam setelah mendaftar di bawah SMUE. Untuk permulaan mereka akan diberikan bantuan pendahuluan berjumlah RM1,000 dan baki RM1,500 diberi dalam tempoh selewat-Iewatnya 60 hari dari tarikh tersebut,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada maJUs penyampaian bantuan itu di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam, di sini.
Seramai 58 waris kepada warga emas menerima bantuan tersebut yang masing-masing menerima wang berjumlah RM1,500 iaitu baki daripada jumlah keseluruhan yang sudah diterima ketika mendaftarkan kematian keluarga penerima.
Hadir sama, Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat DUN Hulu Bernam, Mohd Syukor dan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Hulu Selangor, Mohd Nashruddin Abd.Aziz.
Rodziah berkata, bantuan tersebut memberi manfaat sepenuhnya kepada waris terutama dalam urusan pengebumian seIain meringankan beban kehidupan mereka.
"Kita mengalu-alukan semua warga emas di kawasan ini supaya mendaftar dibawah skim ini dan kita akan memastikan tidak sesiapa pun tercicir daripada menerima bantuan ini.
"Proses pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Khidmat Rakyat DUN masing-masing atau di pejabat ketua kampung,"katanya.
Sementara itu Pegawai Khas DUN Batang Kali, Shaiful Anuar Sulaiman berkata, peluang berkenaan perlu diambil sebaiknya oleh golongan berkenaan bagi membantu meringankan beban yang terpaksa dipikul keluarga setelah mereka meninggal dunia.
''Kami berharap semua warga emas di kawasan ini dapat berbuat demikian dan menyampaikan hasrat murni kerajaan yang bertujuan membela nasib mereka," katanya.

SMUE terbuka kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas dan lahir di Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 dan warga emas yang bermastautin di Selangor lebih 15 tahun.
SINAR HARIAN Sabtu 21/2/09
No comments:
Post a Comment