SERI KEMBANGAN - Pemberian Tabung Usia Emas yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) didakwa tidak adil dan menunjukkan imej kerajaan negeri yang tidak telus.
Ahli Jawatankuasa Tertinggi MCA Pusat, yang juga Ketua MCA Bahagian Serdang, Datuk Liew Yuen Keong berkata, pihaknya tidak mempertikaikan pemberian sumbangan itu, namun pelaksanaannya menunjukkan kerajaan negeri seperti menyalah gunakan kuasa politik mereka.
“Saya memahami pelancaran Tabung Usia Emas yang dilancarkan adalah untuk menggantikan Program Tabung Jasamu Dikenang seperti dilaksanakan kerajaan negeri pimpinan parti Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
“Namun bezanya, program yang dilancarkan hanya dijalankan oleh wakil rakyat PR sahaja sedangkan haknya dinafikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu,” katanya.
Dakwanya, ini bermakna ia tidak dijalankan dengan telus kerana wakil rakyat daripada parti PR menggunakan sumber kerajaan negeri demi kepentingan politik masing-masing.
“Dalam program dilaksanakan, rakyat perlu mendaftarkan diri mereka di pejabat-pejabat ADUN dan bukannya di Pejabat Daerah seperti yang kita lakukan sebelum ini.
“Hakikatnya, bagi DUN yang diwakili ADUN daripada BN pula, rakyat perlu mencari wakil kepada parti pimpinan PR dilantik kerana wakil rakyat daripada UMNO, MCA atau MIC tidak dibenarkan melaksanakan tugas itu,” katanya lagi.
Kata Yuen Keong, ia sudah pasti menyukarkan dan mengelirukan masyarakat setempat untuk memohon bagi mendapatkan pemberian sumbangan sebanyak RM2,500 itu.
“Kerajaan dulu memberi banyak ruang dan alternatif kepada penduduk kerana memahami keperluan serta kemudahan penduduk yang datang dari pelbagai latar belakang parti.
“Saya tidak mempertikaikan program ini, namun melihat prosedur pelaksanaan yang kurang telus serta tidak adil bagi sesetengah pihak. Jika ada warga emas yang tidak mendafta,r mereka tidak dapat menerima sumbangan khairat kematian itu,” ujarnya lagi.
Kata beliau lagi, pihaknya juga kecewa kerana kerajaan negeri mengeksploitasi sumber pendapatan negeri demi kepentingan parti politik sendiri.
“Kita berharap kerajaan negeri dapat mengkaji semula pelaksanaan program yang dilaksanakan oleh mereka,” katanya.
Sementara itu bekas ADUN Balakong, Datuk Hoh Hee Lee menyatakan kekesalan beliau dengan tempoh penerimaan sumbangan diterima waris yang didakwa terlalu lama.
“Jika dahulu dalam tempoh seminggu waris sudah menerima sumbangan yang dilaksanakan kerajaan negeri sekiranya ada saudara melebihi 60 tahun meninggal dunia.
“Tetapi sekarang masa yang diambil oleh mereka terlalu panjang malah pendekatan pendaftaran menyebabkan ada yang tidak mendaftar waris tidak boleh membuat tuntutan. Sedangkan kerajaan BN dulu memberikan sumbangan itu walaupun ada yang tidak mendaftar,”katanya.
Sinar Harian 07/12/08

No comments:
Post a Comment