MERU - Seramai 120 warga emas hadir mendaftarkan diri bagi Skim Mesra Usia Emas (MUE) anjuran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru di Dewan Orang Ramai Meru dekat sini, semalam.
Program pendaftaran yang bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari itu dikendalikan petugas Pejabat DUN mendapat sambutan menggalakkan dari warga emas sekitar kawasan ini.
Setiausaha kepada AhIi Dewan Undangail Negeri (AnUN) Meru, Baharom Basiron berkata, lebih banyak program pendaftaran akan diadakan untuk mengajak warga emas di daerah ini mendaftar di bawah skim ini.
Menurutnya, pejabat DUN bakal mengadakan satu lagi program pendaftaran Skim MUE pada Mac ini khusus bagi warga emas yang tinggal di Kampung Bukit Kapar serta kawasan berhampiran.
"Kita harap lebih ramai warga emas akan mendaftar kerana mungkin masih ramai di antara mereka yang tidakmengetahui tentang kewujudan skim ini.
'Warga emas beruinur 60 tahun ke atas layak untuk mendaftar di bawah skim ini dan ia terbuka kepada semua kaum,"katanya ketika ditemui di sini.
Beliau berkata, pendaftaran Skim MUE mendapat sambutan baik dari masyarakat di DUN Meru sejak ia dilancarkan pada
Oktober tahun lalu oleh kerajaan negeri.
"Kita akan mempergiatkan lagi usaha penyampaian maklumat mengenai skim ini kepada orang ramai dan pada masa yang sama kita akan membuat lebih banyak program pendaftaran agar semua penduduk di sini mendapat faedahnya.
'Walaupun skim ini mungkin tidak dapat mengubat kesedihan waris kepada warga emas yang meninggal dunia, namun ia adalah usaha untuk menghargai jasa dan bakti golongan berkenaan kerana telah menyumbangkan sesuatu untuk membangunkan negeri ini pada masa hayatnya,"katanya.
Baharom berkata, sejak pendaftaran skim ini dibuka kepada umum akhir tahun lalu, pihaknya menerima lebih 1,500 pendaftaran danjumlah itu dijangka akan bertambah pada masa akan datang.
"Mereka yang mahu mendaftar tidak perlu menunggu sehingga pihak kita membuat program pendaftaran di tempat mereka, malah penduduk boleh merujuk perkara itu kepada ketua kampung mereka berhubung urusan pendaftaran.
"Mereka juga boleh datang terus ke pejabat kami untuk mendaftar pada bila-bila masa kerana pendaftaran skim ini tidak terhad pada jangka masa tertentu sahaja,"katanya.
Skim MUE bertujuan memberi manfaat dalam bentuk. perlindungan yang bernilai RM2,500 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang mendaftar secara rasmi), selepas mereka disahkan meninggal dunia melalui program yang dilaksanakan dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

SINAR HARIAN Ahad 01/03/2009
No comments:
Post a Comment