Laman Web Skim Mesra Usia Emas

Laman Web Skim Mesra Usia Emas
Sila klik untuk melawati Laman Web Resmi Skim Mesra Usia Emas.

Tuesday, February 17, 2009

Skim Mesra Usia Emas untuk ringankan beban warga tua

MERU - Skim Mesra Usia Emas yang dilancarkan awal bulan lalu di seluruh daerah di negeri Selangor merupakan satu skim bagi menghargai jasa dan pengorbanan golongan warga emas di negeri ini yang banyak berjasa kepada pembangunan dari segi ekonomi dan sosial.

Ianya merupakan satu skim khairat kematian atau bentuk perlindungan bernilai RM2,500 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang berdaftar secara rasmi selepas mereka disahkan meninggal dunia.

Skim tersebut yang turut dilancarkan oleh pihak Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru baru-baru ini mendapat sambutan baik dari kebanyakan warga emas yang tinggal di sekitar kawasan ini.

Pihak PKM DUN tersebut mula menyampaikan pengagihan skim tersebut kepada penerima yang berkelayakan iaitu waris kepada warga emas yang telah meninggal dan berdaftar di bawah skim tersebut.

Kelmarin telah diadakan satu majlis penyampaian secara ringkas wang sumbangan khairat kematian di bawah skim tersebut kepada waris warga emas yang meninggal dunia mulai 1 Oktober lalu di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN yang terletak di Taman Dato Bandar di sini.

Wang sumbangan skim berkenaan tersebut disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman kepada 10 waris warga emas yang terlibat yang mana masing-masing menerima sumbangan pendahuluan sebanyak RM1,000.

Menurut Abdul Rani, penyerahan wang sumbangan tersebut akan dilakukan secara dua peringkat iaitu wang tunai RM1,000 akan diserahkan sebaik sahaja warga emas tersebut meninggal dunia dan wang sumbangan selebihnya akan diserahkan dalam masa dua bulan selepas itu.

“Skim Mesra Usia Emas ini adalah satu skim yang mampu memberi manfaat kepada rakyat terutamanya untuk meringankan beban waris kepada warga emas bagi urusan pengebumian dan juga untuk menguruskan kehidupan mereka pada masa akan datang.

“Kita amat mengalu-alukan semua warga emas yang ada di kawasan ini untuk mendaftar di bawah skim ini dan proses pendaftaran boleh dijalankan di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN dan di pejabat ketua kampung masing-masing,” katanya.

Difahamkan Skim Mesra Usia Emas ini terbuka kepada semua warga emas di negeri ini berumur 60 tahun ke atas dan lahir di negeri Selangor ataupun lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 dan juga warga emas yang bermastautin di Selangor lebih 15 tahun.

Tambah Abdul Rani, peluang ini perlu diambil oleh semua warga emas di kawasan ini bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga mereka.

“Kita berharap semua warga emas di kawasan ini akan dapat merebut peluang ini kerana ia mampu meringankan beban kehidupan keluarga mereka pada kehidupan yang mendatang sekiranya mereka meninggal dunia,” katanya.

Sinar Harian 03/11/08

Monday, February 16, 2009

Kerajaan sentiasa berikan bantuan: Shuhaimi

SHAH ALAM - Atas keprihatinan tinggi terhadap kebajikan melibatkan semua lapisan masyarakat, kerajaan negeri sentiasa memberikan bantuan supaya mereka menikmati kehidupan selesa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, segala bantuan diberikan kepada masyarakat di Selangor bertujuan meringankan bebanan mereka dan memenuhi janji dalam manifesto sebelum pilihan raya lalu.

Menurutnya, bantuan diberikan seperti RM1,000 kepada anak tempatan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT), Tabung Warisan Anak Selangor (RM100) serta Mesra Usia Emas (RM2,500) adalah agenda kerajaan negeri dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Segala bantuan diberikan itu adalah keprihatinan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat di negeri ini. Program Mesra Usia Emas bertujuan memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM2,500 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan berdaftar secara rasmi, selepas disahkan meninggal dunia.

“Program ini terbuka kepada semua warga emas di negeri ini berumur 60 tahun ke atas, lahir di Selangor dan bermastautin di negeri ini sekurang-kurangnya 15 tahun,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Skim Mesra Usia Emas dan menyampaikan sumbangan itu kepada 10 penerima, dekat sini.

Menurutnya, dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian warga emas, ADUN atau wakilnya akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama didaftarkan.

“Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya dan tuntutan hendaklah dibuat oleh penama, seperti yang dinyatakan dalam Borang Mesra Usia Emas semasa pendaftaran dibuat,” katanya.

Shuhaimi berkata, program tersebut bermula sejak 1 Oktober lalu dan pemohon hendaklah mendapatkan borang tersebut di Pusat Khidmat DUN dan DUN Angkat di kawasan masing-masing.

“Kita dalam usaha untuk mewujudkan satu bentuk bantuan yang dapat membiayai kos rawatan warga emas dan berkemungkinan ia akan dilaksanakan pada tahun hadapan,” katanya.

Sinar Harian 07/01/09

Sunday, February 15, 2009

Warga PJS sambutbaik skim MWE

PJS 2 - Penduduk di sini menyambut baik langkah kerajaan negeri memper­kenalkan Skim Mesra Warga Emas (MWE) kepada pen­duduk yang berumur 60 tahun ke atas bermula Oktober tahun lalu. Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata penduduk bersetuju dengan langkah ke­rajaan negeri itu yang disifat­kan sebagai prihatin terhadap kebajikan dan kepentingan golongan warga emas di ne­geri ini.

Wa'adan Tairan, 59, ke­tika ditemui menyokong usaha kerajaan negeri malah meng­anggapnya sebagai satu rahmat kepada semua rakyat di nege­ri ini.

Menurutnya, dengan ada­nya skim tersebut, ia bukan sahaja dapat meringankan be­ban keluarga individu yang mengikuti skim terbabit ma­lah memberi harapan dan si­nar baru kepada keluarga yang tidak berkemampuan.

"Dengan adanya skim ini, sekurang-kurangnya da­pat membantu meringankan beban keluarga, balu ataupun anak-anak si mati.

"Sumbangan yang diterima boleh digunakan untuk urusan pengebumian dan bakinya pula boleh dijadikan tabungan atau­pun untuk pendidikan anak­-anak," katanya.

Sementara itu, Anuar Ramlee,52, berkata, waris atau penerima skim berkenaan perlu menggunakan sumbangan tersebut dengan berhemah bagi mengelakkan pembaziran.

Menurut Anuar, sumbang­an berkenaan perlu digunakan secara bijak kerana jumlahnya bukannya besar.

"Skim ini satu langkah yang baik daripada kerajaan negeri. Ini menunjukkan me­reka prihatin terhadap kebajik­an rakyat di negeri ini.

"Namun, saya nasihatkan kepada penerima ataupun wa­ris individu yang menyertai skim ini supaya mengguna­kan sumbangan tersebut de­ngan betul," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) , Mahharul Ismail, mengajak warga PJ yang berusia 60 tahun ke atas supaya mendaftarkan nama di Pejabat AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pejabat Ahli Majlis masing-masing, bagi melayakkan waris me­reka menerima skim berjum­lah RM2 ,500 itu.

Maharul berkata, se­tiap waris si mati yang me­nyertai skim ini akan menerima RM 1,000 yang akan disampai­kan melalui Pejabat ADUN ma­nakala bakinya akan diuruskan oleh Pejabat Daerah dalam satu majlis yang diadakan kelak.

Menurutnya, bantuan ter­sebut sekurang-kurangnya da­pat meringankan beban ke­luarga si mati dalam hal-hal berkaitan pengebumian dan sebagainya.
SINAR HARIAN SABTU 24/01/09

Saturday, February 14, 2009

MUE bukti kerajaan PR bela nasib warga emas

Oleh: AMRULLAH ABDUL KARIM

KAMPUNG SEJANTUNG - Kerajaan negeri menyediakan pelbagai pro­gram bagi membantugolongan me­merlukan terutama warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan berpendapatan rendah atau miskin.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad ber­kata, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) sentiasa berusaha dalam membantu dan membela nasib rakyat terutama golongan tersebut yang se­memangnya memerlukan pembela­an.

"Oleh itu, kami memikirkan perlu­nya kepelbagaian mekanisme dan pro­gram bantuan dirangka selaras dengan hasrat itu.

"Namun begitu, program bantu­an itu tertakluk kepada syarat dan ke­layakan pemohon yang telah ditetap­kan oleh kerajaan," katanya pada program penyerahan bantuan barang­ dan keperluan dan angpau di sini.

Menurutnya, antara program bantuan yang sedang dilaksana­kan adalah Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) dan terbaru, Skim Jaringan Keselamatan Sosial Warga Emas Selangor atau Mesra Usia Emas (MUE).

Dr Zainal berkata, MUE yang di­lancarkan November tahun lalu mem­beri keistimewaan kepada waris war­ga emas, di mana waris tersebut akan diberikan bantuan sejumlah RM2,500 bagi memudahkan pengurusan per­siapan jenazah warga emas di bawah tanggungan mereka.

Menurutnya, bantuan itu akan di­salurkan secara ansuran setelah segala dokumen yang diperlukan diperoleh.

"Kerajaan menyediakan MUE un­tuk manfaat semua warga emas tanpa mengira jantina, kaum, agama, pen­dapatan, kedudukan dalam masyara­kat dan fahaman politik.

"Skim yang disediakan secara per­cuma ini membuktikan kesungguhan keprihatinan kerajaan membela nasib rakyat," katanya.

Beliau berkata, mereka yang ber­usia 60 tahun layak untuk mendaftar dan memohon bantuan ini dan mereka yang lahir dan menetap di Selangor ser­ta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekurang-kurangnya 15 tahun.

Katanya, kerajaan akan me­nyumbang RM1,000 kepada penama warga emas yang telah didaftarkan. setelah menerima dokumen kemati­an dalam tempoh 24 jam, manakala baki RM1,500 akan diberikan dalam tempoh selewat-lewatnya 60 hari ber­ikutnya.

SINAR HARlAN Ahad 11 Januari 2009

Friday, February 13, 2009

Skim Mesra Warga Emas dapat sambutan

WIRA DAMAI – Perlaksanaan Skim Mesra Warga Emas (SMWE} yang dilaksanakan di Dewan undangan Negeri (DUN) Batu Caves mendapat sambutan menggalakkan da­lam kalangan penduduk se­tempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri CADUN} Batu Caves, Amiruddin Shari berkata, pihaknya telah mempunyai se­ramai 16 hingga 18 nama untuk diberikan bantuan skim itu, na­mun masih terdapat beberapa orang yang belum selesai me­nerima wang itu kerana me­nunggu peruntukan dati Pejabat Tanah dan Daerah Gombak. Menurutnya, setakat ini le­bih 20 penama yang akan me­nerima wang peruntukan itu na­mun kemungkinan mempunyai beberapa masalah menyebab­kan wang tersebut lambat di­berikan.

"Kita mendapat sambutan menggalakkan melalui skim yang dilaksanakan namun ia masih bam dan terdapat ke­kurangan seperti peruntukan lambat diberikan kepada me­reka yang berhak," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan program Amali Solat di Masjid An-Nur Wira Damai, di sini.

Bagaimanapun beliau berharap kekurangan ber­kenaan dapat diperbaiki dan diatasi segera demi kebajikan penduduk.

"Kadang-kadang masa­lah yang kita hadapi ter­utamanya wang peruntukan lambat diperoleh dari pihak berkenaan.
"Tetapi Alhamdulillah setakat ini skim ini boleh di­anggap berjaya walaupun ia tidak begitu lancar namun bo­leh diperbaiki," katanya.

Sinar Harian Jumaat 30/01/09

Thursday, February 12, 2009

ADUN perluas aktiviti turun padang

Oleh: NURUL FIRDAUS KHAIRI

PULAU CAREY - Keprihatinan pemimpin untuk turun padang bagi meringankan beban ma­syarakat yang memerlukan pertolongan sedikit sebanyak menceriakan mereka bagi menjalani kehidupan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, masyarakat juga akan berasa ti­dak dipinggirkan dalam usaha mendekati pemimpin tersebut sekali gus memberi peluang ke­pada masyarakat mengenali pe­mimpin di sesebuah kawasan.

"Pejabat ADUN Sijangkang menekankan aspek kerjasama dan prihatin terhadap masalah rakyat dan rakyat seharusnya membuka pemikiran mereka agar hubungan yang dijalinkan ini dapat berterusan pada masa akan datang.

"Sikap turun padang se­benamya membawa kepada keharmonian rakyat apabila pe­mimpin dapat turut serta dengan pelbagai program yang dianjur­kan di sesebuah kawasan," kata­nya ketika ditemui menyampai­kan sumbangan kepada waris warga emas yang meninggal dunia di Dewan Pulau Carey, di sini, semalam.

Ahmad Yunus berkata, program kerajaan negeri itu di­laksanakan untuk meringankan keluarga yang menerima musi­bah.

Menurutnya, keprihatinan ini sebenamya memberi peluang kepada pemimpin setempat men­dekati ahli keluarga yang me­nerima musibah untuk sama-­sama membantu meringankan beban dan sekali gus mengurang­kan kesedihan mereka.

Dalam pada itu, beliau berusaha untuk meningkat­kan hubungan baik di kalang­an penduduk sekitar di Dewan Undangan Negeri (DUN) ini apabila beliau turut berkongsi pengaIaman semasa berada di Gaza, Palestin bagi misi ke­amanan.

Beliau berharap, masyara­kat di sini mengambil iktibar dengan aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang tidak ber­perikemanusiaan terhadap rak­yat Palestin.

"Keadaan ini sebenamya memberi peluang kepada ma­syarakat di sini meningkatkan hubungan baik sesama anggota masyarakat dan tidak berfikiran negatif di kalangan mereka.

"Perpaduan yang ditunjuk­kan dalam masyarakat hari ini terutama di Malaysia harus di­teruskan dan diperkukuhkan su­paya tidak mencemarkan nama baik masyarakat," katanya.

Beliau juga mahukan ma­syarakat tidak memandang se­suatu aspek dengan melibatkan mana-mana fahaman politik te­tapi ianya haruslah kepada me­makmurkan dan memartabatkan masyarakat demi meningkat­kan perpaduan di kalangan me­reka.

Beliau yakin sekiranya per­kara ini dibuat, masyarakat da­pat hidup dengan keadaan yang cemerlang lan mewujudkan se­buah masyarakat aktif dalam se­tiap aktiviti yang dirancang.

SINAR HARlAN Ahad 11 Januari 2009

Pemohon skim MUE diminta bersabar

RAWANG - Pemohon yang be­lum menerima wang ehsan da­ripada Skim Mesra Warga Emas (MUE), diharap dapat bersabar untuk mendapatkan sumbangan tersebut berikutan masalah ke­lewatan penyaluran oleh pihak berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei berkata, beliau me­nyedari mengenai masalah ke­lewatan penerimaan wang bagi skim MUE itu memandangkan wang terbabit tidak disalurkan secara terus ke dalam akaun pejabat-pe­jabat ADUN, tetapi melalui pejabat tanah dan daerah berkenaan.

Menurut Pei Nei, disebabkan prosedur itu, wang itu tidak dapat disalurkan ke dalam akaun pejabat-pejabat ADUN termasuk pihaknya te­pat pada masanya.

"Di kawasan DUN Rawang, kami masih ada 22 kes yang belum menerima wang se­banyak RM1,000 itu akibat daripada proses berkenaan yang lambat. Malah pejabat kami pemah menunggu selama dua minggu dari­pada Pejabat Tanah dan Daerah Gombak un­tuk menyalurkan wang berkenaan ke dalam akaun pejabat..

"Saya amat faham perasaan orang ramai yang masih belum mendapat wang ehsan ini. Sehubungan itu pihak karni masih giat meng­hubungi pejabat tanah dan daerah supaya ia­nya dapat disegerakan dan diserahkan kepada pemohon, selagi kami belum menerima wang tersebut, pegawai saya akan terus membuat tindakan susulan dengan menghubungi me­reka," katanya

Beliau berkata demikian susulan aduan orang ramai yang diterima pihaknya kerana tidak berpuas hati berikutan wang skim MUE yang didakwa lambat diterima mereka.

Pei Nei berkata, pegawainya terpaksa menggunakan wang simpanan peribadi bagi penyelesaian masalah itu untuk jangka pen­dek dan meringankan bebanan pemohon yang terbabit.

"Walaupun demikian, kita tetap meng­hadapi masalah, kerana simpanan yang ada adalah amat terhad.

"Apa pun, pihak pejabat ADUN Rawang masih giat mengendalikan skim MUE sejak skim tersebut dilancarkan Oktober tahun lalu. Bagi memastikan skim ini bejalan dengan lan­car, dua sukarelawan turut diberikan tugas un­tuk mengendalikan MUE," katanya.

Beliau berkata, pada (masa) yang sama pihak­nya telah mengambil inisiatif mendaftarkan mereka yang layak dengan membuka kaun­ter pendaftaran di restoran-restoran dan me­lalui bantuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Rawang.

"Usaha-usaha ini membuktikan ketelusan kerajaan negeri Selangor dalam melaksanakan polisi Merakyatkan Ekonomi Setangor untuk masyarakat," katanya

SINAR HARlAN Sabtu 24 Januari 2009